• Facebook

ESSCOM TIMES

Eastern Sabah Security Command Portal

  • UTAMA / MAIN
  • PROFIL JABATAN / DEPARTMENT’S PROFILE
    • PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ESSCOM
    • PERUTUSAN KOMANDER ESSCOM
    • SEKAPUR SIRIH MANTAN KETUA PENGARAH ESSCOM, Pelopor ESSCOM TIMES Portal
    • MAKLUMAT KORPORAT / CORPORATE INFO
      • PENDAHULUAN
      • LATAR BELAKANG
      • VISI, MISI dan MOTO
      • TERAS STRATEGIK ESSCOM
      • CARTA ORGANISASI / ORGANISATION CHART
  • GALLERI ESSCOM / GALLERY
    • Galleri 1 – ESSCOM semasa diawal penubuhannya tahun 2013
    • Galleri 2 – Aktiviti sepanjang Tahun 2013-2014
    • Galleri 3 – Aktivti ESSCOM sepanjang tahun 2015
    • Galleri 4 – Ativiti ESSCOM sepanjang tahun 2016
  • SEBUTHARGA / TENDER
  • ARKIB / ARCHIVE
  • ESSCOM LAKSANA OPSCEGAH PATI SEKTOR SELATAN

ESSCOM LAKSANA OPS CEGAH PATI SEKTOR SELATAN

June 12, 2020 by admin

LAHAD DATU : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan memperketatkan kawalan sempadan perairan pantai timur Sabah (ESSZONE) melalui Ops Cegah PATI sepanjang tempoh Pelaksanaan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Staf Operasi Udara ESSCOM Brig. Jen Ayub Khan Mohamad Khan, berkata operasi tersebut yang dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah bertujuan untuk mengekang kemasukan PATI yang cuba memasuki negara ini secara haram melalui laluan yang tidak diwartakan mahupun lorong-lorong tikus.
Beliau berkata langkah dan pencegahan ini perlu diambil bagi membendung penularan ancaman pandemic COVID-19 yang berkemungkinan besar akan dibawa masuk oleh pendatang asing tanpa izin daripada negara jiran yang paling hampir dengan negeri ini iaitu Filipina dan Indonesia.
“ESSCOM akan melaksanakan Ops Cegah PATI dengan kerjasama agensi-agensi keselamatan yang terlibat bagi mengekang kemasukan PATI sekali gus membendung penularan pandemik COVID -19 daripada dibawa masuk ke negeri ini.
“Kita bimbang sekiranya kemasukan PATI melalui lorong-lorong tikus ini tidak dibendung dengan sewajarnya, dikhuatiri kemasukan ini akan menyumbang kepada peningkatan kes baharu COVID-19 di negeri ini”, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Selain daripada itu katanya, ESSCOM juga akan sentiasa siapsiaga dan berwaspada dengan ancaman daripada kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFRG).
“ESSCOM dengan kerjasama semua agensi keselamatan yang ada akan sentiasa melakukan pemantauan dan rondaan secara kerap di lokasi-lokasi tertentu dan “hotspot” termasuk melakukan “show of presence” bagi menghalang daripada kumpulan-kumpulan ini memasuki perairan negara untuk melakukan jenayah rentas sempadan seperti penculikan.
“Hasil rondaan ESSCOM dengan kerjasama agensi keselamatan yang lain, keadaan di kawasan sempadan perairan ESSZONE khususnya di kawasan perairan sektor Selatan meliputi daerah Tawau dan Semporna adalah terkawal, dan kita lihat komuniti maritime di ESSZONE khususnya komuniti nelayan sentiasa patuh dengan arahan perintah berkurung yang dikuatkuasakan di 7 daerah ESSZONE.
“Selain itu, masyarakat di ESSZONE  turut mematuhi arahan kerajaan yg menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)”, katanya lagi.

Filed Under: Breaking News


April 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Jul    

TENDER / SEBUT HARGA

VIDEO





VIDEO


ARKIB / ARCHIVE

  • ESSCOM DENGAN KERJASAMA POLIS BANTUAN FELDA SAHABAT KALABAKAN ANJUR LDP INTEGRITI & PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG July 1, 2020
  • PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK ESSCOM DENGAN JPSM June 25, 2020
  • SESI PERBINCANGAN ESSCOM BERSAMA JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA SABAH (JPSM) BERKAITAN DENGAN PROGRAM SOSIO-EKONOMI DI ESSZONE, DI PEJABAT JPSM, KOTA KINABALU SABAH PADA 25 JUN 2020 June 25, 2020
  • (no title) June 22, 2020
  • ESSCOM LAKSANA OPS CEGAH PATI SEKTOR SELATAN June 12, 2020
  • SEMBILAN ORANG TAHANAN MELARIKAN DIRI DARI PTS SIBUGA, MASIH DIKESAN June 11, 2020
  • MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF SIASATAN KHAS/TEKNIKAL DI PEJABAT ESSCOM PADA 23 SEPT 2019 September 23, 2019
  • ESSCOM SELARAS OPERASI PEMANTAUAN UDARA DI ESSZONE November 22, 2018

NOTIS / NOTICE

Bilik gerakan Esscom yang berpusat di Lahad Datu beroperasi 24 jam setiap hari dan orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat, membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 089-863181 atau faks 089-863182.

The Eastern Sabah Security Command (Esscom) opens a 24-operations room in Lahad Datu, and the public can contact it by telephone (089-863181) or fax (089-863182) to make enquiries, lodge complaints or provide information.

ALAMAT / ADDRESS

EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM),
Jabatan Perdana Menteri
Blok B, Aras G-3,
Kompleks Komersial
Harbour Town
91100 Lahad Datu, Sabah.
Telefon : 089-863586
Faks : 089-863588/587

Pusat Operasi ESSCOM (PUSOP):
Telefon : 089-863181
Faks : 089-863182
Emel : bilikgerakan_esscom@jpm.gov.my

Pautan Luar

Sabah Tourism
Portal Rasmi JPA
Portal Rasmi MAMPU
HRMIS
Email 1GovUC

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in