SEMPORNA (29 Ogos) – Satu Pertemuan telah diadakan diantara Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD SRI GAYA dengan Kapal Tentera Laut Filipina BRP DIOSCORO PAPA di posisi 6 batu nautika Timur Laut Pulau Mataking pada 08.55 pagi pada selasa.
Pertemuan ini merupakan kali ke-13 bagi program RV Trilateral Maritime Patrol (TMP) yang dianjurkan oleh Maritime Command Centre (MCC) bagi tahun 2018.
Kedua-dua kapal telah merapat serta melakukan pelbagai perkongsian maklumat semasa terutama berkenaan aktiviti Kidnapping For Ransom Abu Sayyaf Group (KFRG/ASG) di sempadan perairan Malaysia-Filipina.
Selain itu, kedua-dua pasukan juga melakukan aktiviti personnel exchange melibatkan 2 anggota TLDM dan TLF bagi memberi pengalaman berada di atas kapal masing-masing.
Latihan Manuvera Taktis (MANTAK), Replenishment at Sea Approach (RASAP) dan Semaphore turut dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kerjasama dan kesiapsiagaan anggota.
Pertemuan serta latihan bersama antara kedua-dua buah kapal berakhir pada jam 11.29 pagi dan meneruskan rondaan di perairan negara masing-masing.