TAWAU (19 Julai) – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) twkah menahan 4 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi khas di hadapan kg. hidayah sawit Kinabalu, Kalabakan Estate kira-kira pukul 4.00 petang pada rabu.
Kesemua pati ditahan ketika menaiki 2 kenderaan yang sedang memasuki perkampungan di kawasan kalabakan.
Komander ESSCOM DCP Dato’ Hazani Ghazali berkata kesemua mereka yang terdiri 20 lelaki dan 18 wanita dewasa serta 2 kanak-kanak berumur antara 2 – 55 tahun ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
“Mereka ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri”, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semua tahanan telah dibawa ke balai polis Kalabakan untuk tindakan dan Kes akan disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.