LAHAD DATU (12 Julai) – Pasukan Polis Marin (PPM) di sini telah menahan 2 lelaki yang disyaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan kira-kira pukul 5.00 petang di kawasan laut katung Kalungan, pada rabu.
kedua-dua suspek yang berumur antara 17-48 tahun dan berbangsa bajau laut ditahan ketika sedang menangkap ikan di kawasan berkenaan.
PPM turut merampas peralatan yang dipercayai digunakan untuk menangkap ikan seperti Propeller, batang shaft, kompressor, hose, sumbu peledak, mancis dan 32kg ikan pelbagai jenis.
Tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Polis Marin Lahsd Datu untuk tindakan lanjut. kes akan disiasat dibawa Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985.