• Facebook

ESSCOM TIMES

Eastern Sabah Security Command Portal

  • UTAMA / MAIN
  • PROFIL JABATAN / DEPARTMENT’S PROFILE
    • PERUTUSAN KOMANDER ESSCOM
    • PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ESSCOM
    • SEKAPUR SIRIH MANTAN KETUA PENGARAH ESSCOM, Pelopor ESSCOM TIMES Portal
    • MAKLUMAT KORPORAT / CORPORATE INFO
      • PENDAHULUAN
      • LATAR BELAKANG
      • VISI, MISI dan MOTO
      • TERAS STRATEGIK ESSCOM
      • CARTA ORGANISASI / ORGANISATION CHART
  • GALLERI ESSCOM / GALLERY
    • Galleri 1 – ESSCOM semasa diawal penubuhannya tahun 2013
    • Galleri 2 – Aktiviti sepanjang Tahun 2013-2014
    • Galleri 3 – Aktivti ESSCOM sepanjang tahun 2015
    • Galleri 4 – Ativiti ESSCOM sepanjang tahun 2016
  • SEBUTHARGA / TENDER
  • ARKIB / ARCHIVE

ESSCOM BERI IMPAK POSITIF TERHADAP KESELAMATAN DI PANTAI TIMUR SABAH

July 11, 2018 by admin

LAHAD DATU, 9 Julai – Pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) memberi impak positif terhadap tahap keselamatan di pantai timur Sabah dengan rekod penurunan kadar jenayah rentas sempadan berbanding sebelum penubuhannya, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, penubuhan organisasi itu sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan di Sabah selain melihatkan kerukunan, keamanan serta keharmonian penduduk di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Ini gambaran jelas untuk rakyat bahawa, kerajaan menerusi penubuhan ESSCom sentiasa memikir cara dalam menangani secara proaktif permasalahan aspek keselamatan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan sempena Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri ESSCom oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Jaujan Sambakong di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata ESSCom merupakan mekanisme penting dalam menerajui jentera hadapan keselamatan di sekitar daerah dan perairan ESSZone yang terdedah dengan ancaman jenayah rentas sempadan.

Sehubungan itu, semua pihak perlu bekerjasama menjaga keamanan dan kesejahteraan negara serta mempertahankannya daripada sebarang ancaman.

“Suka saya ingatkan bahawa memelihara keamanan dan kedaulatan negara adalah tanggungjawab semua pihak meliputi pasukan keselamatan, penguatkuasa undang-undang, pemimpin dan rakyat,”katanya.

Sementara itu, Komander ESSCom DCP Datuk Hazani Ghazali berkata pihaknya komited menangani sebarang bentuk jenayah di ESSZone dengan pelbagai operasi dilaksanakan termasuk mewujudkan pusat pemeriksaan keselamatan di daratan iaitu  pusat pemeriksaan di darat, pusat pemeriksaan di laut  selain  pusat pemeriksaan  esdi laluan-laluan khas.

Hadir sama pada program itu Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu dari Parti Warisan Sabah, Dumi Pg Masdal.

Filed Under: Breaking News


December 2019
M T W T F S S
« Sep    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

TENDER / SEBUT HARGA

VIDEO





VIDEO


ARKIB / ARCHIVE

  • MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF SIASATAN KHAS/TEKNIKAL DI PEJABAT ESSCOM PADA 23 SEPT 2019 September 23, 2019
  • ESSCOM SELARAS OPERASI PEMANTAUAN UDARA DI ESSZONE November 22, 2018
  • MESYUARAT PENYELARASAN OPERASI UDARA DI ESSZONE November 22, 2018
  • KAWALAN KESELAMATAN DI ESSZONE PERLU TERUS DIPERTINGKAT WALAUPUN ADA KEKANGAN November 13, 2018
  • LATIHAN MEMADAM KEBAKARAN DI PEJABAT ESSCOM, 1 NOVEMBER 2018 (KHAMIS) November 2, 2018
  • ESSCOM SIAPSIAGA GERAKAN SEMUA ASET KAWAL PANTAI TIMUR SABAH October 31, 2018
  • 74 DIPERIKSA, 65 KILO KABEL HARAM DIRAMPAS DALAM OP BERSEPADU KHAS ESSCOM October 31, 2018
  • KUNJUNGAN HORMAT YB MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA KE PEJABAT ESSCOM PADA 7 OKTOBER 2018 October 16, 2018

NOTIS / NOTICE

Bilik gerakan Esscom yang berpusat di Lahad Datu beroperasi 24 jam setiap hari dan orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat, membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 089-863181 atau faks 089-863182.

The Eastern Sabah Security Command (Esscom) opens a 24-operations room in Lahad Datu, and the public can contact it by telephone (089-863181) or fax (089-863182) to make enquiries, lodge complaints or provide information.

ALAMAT / ADDRESS

EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM),
Jabatan Perdana Menteri
Blok B, Aras G-3,
Kompleks Komersial
Harbour Town
91100 Lahad Datu, Sabah.
Telefon : 089-863586
Faks : 089-863588/587

Pusat Operasi ESSCOM (PUSOP):
Telefon : 089-863181
Faks : 089-863182
Emel : bilikgerakan_esscom@jpm.gov.my

Pautan Luar

Sabah Tourism
Portal Rasmi JPA
Portal Rasmi MAMPU
HRMIS
Email 1GovUC

Copyright © 2019 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in