TAWAU (8 Julai) – Pasukan Polis Marin disini telah menahan 11 pendatang asing Tanpa izin (PATI) di kawasan laut Wallace Bay, kira-kira jam 12.30 tengah hari, pada sabtu.
Kesemua PATI yang terdiri daripada 3 lelaki dan 5 wanita dewasa serta 3 kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 6 – 56 tahun ditahan ketika menaiki sebuah jongkong yang bergerak dari arah daerah Tawau menuju ke Nunukan, Indonesia.
Mereka ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.
Turut ditahan juragan bot berkenaan yang berusia 54 tahun. bot serta enjin yamaha 40 hp disita untuk tujuan siasatan. Kes akan disiasat di bawa Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007/2010.