TAWAU (1 Julai)- Pasukan Polis Marin Tawau menahan 3 pendatang asing warga Indonesia di kawasan laut CIQ lama kira-kira jam 12.00 tengah hari pada Sabtu.
ketika pemeriksaan dilaksanakan, terdapat 3 lelaki dan 2 wanita berada dalam bot berkenaan.
pemeriksaan lanjut mendapat 3 orang daripada 5 penumpang yang menaiki bot berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Kesemua 3 tahanan yang berumur 15-22 tahun mengaku membayar rm 150.00 seorang untuk memasuki negara ini secara haram.
Turut dirampas sebuah bot laju no. pendaftaran TW 4674/6/P dan seunit enjin sangkut Yamaha 40 hp.
Semua tahanan dan barang rampasan di bawa ke pangkalan polis marin untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawa Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Akta Atipsom 2007/2010).