TAWAU (30 Jun) – Pasukan Polis Marin (PPM) di sini telah menggagalkan cubaan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini melalui laluan tidak diwartakan di kawasan perumahan atas air batu 4, pada pukul 10.30 malam pada jumaat.
Bertindak atas maklumat penyeludupan migran, sepasukan anggota unit risikan marin ketika membuat pemantauan di kawasan berkenaan telah terserempak dengan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan bergerak dari arah sungai nyamuk menuju ke daerah Tawau.
Ketika cuba ditahan, bot berkenaan bertindak melarikan diri ke arah perumahan atas air batu 4 sehingga terlanggar sebuah tiang rumah dan terhenti.
Ketika pemeriksaan dilakukan, menemui 18 warga indonesia yang berusia 2 – 47 tahun yang terdiri daripada 3 lelaki dewasa, 8 perempuan dewasa dan 7 kanak-kanak.
kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
semua tahanan dibawa ke pangkalan pasukan polis marin untuk tindakan dan kes akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/1963.
Turut dirampas sebuah bot bersama seunit enjin sangkut berkuasa 200 hp dengan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 80,000.00