KOTA KINABALU (12 Jun 2018) – Pengurusan tertinggi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini telah melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah , YAB Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Hj. Apdal, di pejabatnya di Kota Kinabalu, pagi tadi.
Rombongan tersebut telah diketuai oleh Komander ESSCOM DCP Dato’ Hazani Ghazali yang diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Noor Alam Khan A. Wahid Khan dan beberapa pegawai kanan ESSCOM.
Kunjungan tersebut antara lain bertujuan untuk menerangkan hala tuju dan langkah-langkah terkini yang telah dilaksanakan oleh ESSCOM dalam mengawal dan mengekang penjenayah-penjenayah rentas sempadan yang seringkali menggunakan perairan pantai timur Sabah untuk melakukan jenayah penyeludupan, penculikan dan rompakan.