SEMPORNA (8 Jun) — Kerajaan diharap dapat meneruskan projek-projek keselamatan dalam membantu memperkukuhkan keadaan keselamatan di pantai Timur Sabah.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman Datuk Seri Zulkifili Abdullah berkata perkara itu termasuk perancangan mewujudkan Forward Operation Base (FOB) untuk Pasukan Polis Marin (PPM).
“Ini (FOB) adalah projek Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) tetapi apabila siap kelak, kemudahan tersebut akan digunakan oleh Pasukan Polis Marin.
“Buat masa ini, perkara ini dalam peringkat akhir perbincangan dan belum ada keputusan muktamad,” katanya ketika ditemui selepas sesi lawatan tinjauan ke pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pulau Pom Pom, Pulau Mataking dan Pulau Mabul di sini.
Pada lawatan itu, beliau turut menyerahkan sumbangan raya kepada anggota PGA yang bertugas mengawal perairan negara sepanjang Aidilfitri ini.