LAHAD DATU (16 MEI) – Lebih 60 pegawai dan anggota ESSCOM menghadiri Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei yang telah diadakan di Dewan Sebaguna, Markas Pasukan Polis Marin, di sini hari ini.
Majlis yang telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM Tuan Noor Alam Khan A. Wahid Khan itu antara lain bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim dan serta melahirkan semangat kerja berpasukan yang tinggi antara pelbagai agensi dalam ESSCOM seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pegawai Bahagian Awam.
Dalam majlis berkenaan seramai 10 pegawai dan anggota ESSCOM termasuk kakitangan kontrak telah menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Khas Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tahun 2017.
Majlis berkenaan diakhiri dengan bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa selamat sempena sambutan bulan Ramadhan al-mubarak akan disambut mulai esok.