• Facebook

ESSCOM TIMES

Eastern Sabah Security Command Portal

  • UTAMA / MAIN
  • PROFIL JABATAN / DEPARTMENT’S PROFILE
    • PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ESSCOM
    • PERUTUSAN KOMANDER ESSCOM
    • SEKAPUR SIRIH MANTAN KETUA PENGARAH ESSCOM, Pelopor ESSCOM TIMES Portal
    • MAKLUMAT KORPORAT / CORPORATE INFO
      • PENDAHULUAN
      • LATAR BELAKANG
      • VISI, MISI dan MOTO
      • TERAS STRATEGIK ESSCOM
      • CARTA ORGANISASI / ORGANISATION CHART
  • GALLERI ESSCOM / GALLERY
    • Galleri 1 – ESSCOM semasa diawal penubuhannya tahun 2013
    • Galleri 2 – Aktiviti sepanjang Tahun 2013-2014
    • Galleri 3 – Aktivti ESSCOM sepanjang tahun 2015
    • Galleri 4 – Ativiti ESSCOM sepanjang tahun 2016
  • SEBUTHARGA / TENDER
  • ARKIB / ARCHIVE
  • ESSCOM LAKSANA OPSCEGAH PATI SEKTOR SELATAN

ESSCOM TUMPASKAN 4 PENJENAYAH BERSENJATA BERAT DI PERAIRAN ESSZONE

May 8, 2018 by admin

LAHAD DATU (8 Mei) – Pasukan Khas ESSCOM Komando Vat 69, dengan kerjasama Pasukan Polis Marin di sini telah menembak mati 4 suspek penjenayah rentas sempadan di kawasan perairan laut Sahabat, kira-kira pukul 2.00 pagi tadi, di kedudukan LAT 04 55′ 117″ N dan LONG 119 06 698″ iaitu 9.6 batu nautika daripada pantai Felda Sahabat.

Pesuruhjaya Polis Sabah CP Dato’ Ramli Din berkata pasukan berkenaan telah mengesan sebuah bot yang dinaiki oleh lebih kurang 5-6 orang bergerak laju dalam keadaan mencurigakan menuju ke kawasan sekumpulan kapal nelayan menangkap ikan di kawasan berkenaan.

Tambahnya lagi, pasukan kita telah bertindak memintas bot kita dalam keadaan lampu biru dinyalakan.

“Setelah mengetahui kehadiran pasukan keselamatan, penjenayah berkenaan cuba melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot pasukan keselamatan.

“Pasukan keselamatan tiada pilihan selain cuba untuk mempertahankan diri terpaksa untuk membalas dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot penjenayah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan terhadap bot tersebut, anggota kita menjumpai 2 mayat di dalam bot berkenaan manakala 2 lagi mayat dijumpai terapung di atas air”.

“Kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 20-an – 40-an itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri”, katanya dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat Polis, di sini hari ini.

Yang turut hadir Komander ESSCOM DCP Dato’ Hazani Ghazali, Ketua Staf Perisikan ESSCOM SAC Hashim Justin dan Ketua Staf Pusat Operasi ESSCOM Brig. Jen. Dato’ Md. Rahim Hj. Mohamad.

Beliau berkata kita percaya kumpulan berkenaan turut dikesan menggunakan senjata berat untuk melakukan kegiatan jenayah penculikan di perairan ESSZONE berdasarkan kepada penemuan beberapa kerongsong peluru di dalam bot mereka yang dipercayai terjatuh ke laut semasa pertempuran berlaku.

Katanya lagi, turut dijumpai sepucuk pistol jenis remming ton Cal.45, Peluru jenis Grenade Launcher 40mm (1 butir), kelongsong peluru 7.62mm (21 butir), kelongsong peluru 5.56mm (13 butir) dan sebuah bot bersama enjin pam.

Modus operandi kesemua suspek adalah untuk tujuan melakukan jenayah penculikan untuk tebusan (KFR) di kawasan Perairan ESSZONE termasuk di kawasan Felda Sahabat.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan khas ESSCOM dan pasukan polis Marin yang telah berjaya mematahkan cubaan kesemua suspek untuk melakukan jenayah rentas sempadan termasuk jenayah penculikan di kawasan perairan ESSZONE.

 

Filed Under: Breaking News


April 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Jul    

TENDER / SEBUT HARGA

VIDEO





VIDEO


ARKIB / ARCHIVE

  • ESSCOM DENGAN KERJASAMA POLIS BANTUAN FELDA SAHABAT KALABAKAN ANJUR LDP INTEGRITI & PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG July 1, 2020
  • PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK ESSCOM DENGAN JPSM June 25, 2020
  • SESI PERBINCANGAN ESSCOM BERSAMA JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA SABAH (JPSM) BERKAITAN DENGAN PROGRAM SOSIO-EKONOMI DI ESSZONE, DI PEJABAT JPSM, KOTA KINABALU SABAH PADA 25 JUN 2020 June 25, 2020
  • (no title) June 22, 2020
  • ESSCOM LAKSANA OPS CEGAH PATI SEKTOR SELATAN June 12, 2020
  • SEMBILAN ORANG TAHANAN MELARIKAN DIRI DARI PTS SIBUGA, MASIH DIKESAN June 11, 2020
  • MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF SIASATAN KHAS/TEKNIKAL DI PEJABAT ESSCOM PADA 23 SEPT 2019 September 23, 2019
  • ESSCOM SELARAS OPERASI PEMANTAUAN UDARA DI ESSZONE November 22, 2018

NOTIS / NOTICE

Bilik gerakan Esscom yang berpusat di Lahad Datu beroperasi 24 jam setiap hari dan orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat, membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 089-863181 atau faks 089-863182.

The Eastern Sabah Security Command (Esscom) opens a 24-operations room in Lahad Datu, and the public can contact it by telephone (089-863181) or fax (089-863182) to make enquiries, lodge complaints or provide information.

ALAMAT / ADDRESS

EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM),
Jabatan Perdana Menteri
Blok B, Aras G-3,
Kompleks Komersial
Harbour Town
91100 Lahad Datu, Sabah.
Telefon : 089-863586
Faks : 089-863588/587

Pusat Operasi ESSCOM (PUSOP):
Telefon : 089-863181
Faks : 089-863182
Emel : bilikgerakan_esscom@jpm.gov.my

Pautan Luar

Sabah Tourism
Portal Rasmi JPA
Portal Rasmi MAMPU
HRMIS
Email 1GovUC

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in