SANDAKAN (16 April) – Pasukan Polis Marin di sini telah berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki warga tempatan berumur 62 tahun menyeludup 5,000 liter Minyak diesel yang dianggarkan bernilai lebih RM 10,900.00 yang disembunyikan dalam 2 tangki yang telah diubahsuai di dalam kapal berkenaan.
Hasil maklumat orang awam, sepasukan anggota Unit Risikan Polis Marin (PPM) Sandakan yang sedang melakukan rondaan op pensura, telah memeriksa dan menggeledah sebuah kapal berwarna biru yang sedang berlabu di kawasan laut Pulau Berhala, Sandakan pada jam 10.35 malam.
Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 2 buah tangki yang telah diubahsuai disembunyikan di ruang enjin kapal berkenaan mengandungi sekurang-kurangnya 5,000 liter Diesel disyaki cuba untuk diseleweng bagi tujuan penyeludupan ke negara jiran Filipina.
Kapal dan barang rampasan telah dibawa ke pangkalan Pasukan Polis Marin Sandakan untuk siasatan.
Kes akan disiasat dibawah Akta bekalan 1961.