• Facebook

ESSCOM TIMES

Eastern Sabah Security Command Portal

  • UTAMA / MAIN
  • PROFIL JABATAN / DEPARTMENT’S PROFILE
    • PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ESSCOM
    • PERUTUSAN KOMANDER ESSCOM
    • SEKAPUR SIRIH MANTAN KETUA PENGARAH ESSCOM, Pelopor ESSCOM TIMES Portal
    • MAKLUMAT KORPORAT / CORPORATE INFO
      • PENDAHULUAN
      • LATAR BELAKANG
      • VISI, MISI dan MOTO
      • TERAS STRATEGIK ESSCOM
      • CARTA ORGANISASI / ORGANISATION CHART
  • GALLERI ESSCOM / GALLERY
    • Galleri 1 – ESSCOM semasa diawal penubuhannya tahun 2013
    • Galleri 2 – Aktiviti sepanjang Tahun 2013-2014
    • Galleri 3 – Aktivti ESSCOM sepanjang tahun 2015
    • Galleri 4 – Ativiti ESSCOM sepanjang tahun 2016
  • SEBUTHARGA / TENDER
  • ARKIB / ARCHIVE
  • ESSCOM LAKSANA OPSCEGAH PATI SEKTOR SELATAN

ESSCOM TAHAN 6 PATI WARGA INDONESIA DI KALABAKAN

April 13, 2018 by admin

TAWAU (13 APRIL) – Pasukan keselamatan telah berjaya menahan 6 pendatang asing tanpa izIn (PATI) dalam satu operasi rutin yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di kawasan kedai Pangkalan, jalan merotai Kalabakan, kira-kira 90 kilometer daripada bandar Tawau pada pagi Khamis kelmarin.

Komander ESSCOM DCP Dato’ Hazani Ghazali dalam satu kenyataan berkata sepasukan anggota PGA sedang melakukan rondaan rutin pada jam 8.15 pagi di kawasan berkenaan telah terserempak dan memeriksa sebuah pacuan 4 roda jenis Toyota pick up Land crusier yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata ketika pemeriksaan dilakukan mendapati 3 lelaki dan 3 wanita di dalam kenderaan berkenaan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil Pemeriksaan lanjut mendapati mereka adalah pekerja dan buruh di sebuah ladang di batu 8, jalan kalabakan sepulut”.

“Kesemua mereka ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah”.

“Mereka yang ditahan adalah warga Indonesia yang berumur dalam lingkungan 16 -26 tahun telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk siasatan dan kes akan disiasat di bawah seksyen 34 (5) ATIPSOM 2007”.

“Turut dirampas sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Pick up Land Crusier nombor pendaftaran ST 6848E yang digunakan oleh suspek dalam aktiviti berkenaan”, katanya.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan keselamatan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang sentiasa komited dalam usaha untuk menjaga dan mengawal perairan pantai timur Sabah dari sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman seperti kemasukan PATI, penyeludupan barang-barang terlarang serta sebarang aktiviti jenayah lain di kawasan Zon Selamat timur sabah (ESSZONE) khususnya di daerah ini.

“Masyarakat sentiasa dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan untuk tindakan yang lebih berkesan kepada Pusat Operasi ESSCOM ditalian 089-863181 atau menghubungi balai polis yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya”, katanya.

Filed Under: Breaking News


April 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Jul    

TENDER / SEBUT HARGA

VIDEO





VIDEO


ARKIB / ARCHIVE

  • ESSCOM DENGAN KERJASAMA POLIS BANTUAN FELDA SAHABAT KALABAKAN ANJUR LDP INTEGRITI & PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG July 1, 2020
  • PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK ESSCOM DENGAN JPSM June 25, 2020
  • SESI PERBINCANGAN ESSCOM BERSAMA JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA SABAH (JPSM) BERKAITAN DENGAN PROGRAM SOSIO-EKONOMI DI ESSZONE, DI PEJABAT JPSM, KOTA KINABALU SABAH PADA 25 JUN 2020 June 25, 2020
  • (no title) June 22, 2020
  • ESSCOM LAKSANA OPS CEGAH PATI SEKTOR SELATAN June 12, 2020
  • SEMBILAN ORANG TAHANAN MELARIKAN DIRI DARI PTS SIBUGA, MASIH DIKESAN June 11, 2020
  • MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF SIASATAN KHAS/TEKNIKAL DI PEJABAT ESSCOM PADA 23 SEPT 2019 September 23, 2019
  • ESSCOM SELARAS OPERASI PEMANTAUAN UDARA DI ESSZONE November 22, 2018

NOTIS / NOTICE

Bilik gerakan Esscom yang berpusat di Lahad Datu beroperasi 24 jam setiap hari dan orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat, membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 089-863181 atau faks 089-863182.

The Eastern Sabah Security Command (Esscom) opens a 24-operations room in Lahad Datu, and the public can contact it by telephone (089-863181) or fax (089-863182) to make enquiries, lodge complaints or provide information.

ALAMAT / ADDRESS

EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM),
Jabatan Perdana Menteri
Blok B, Aras G-3,
Kompleks Komersial
Harbour Town
91100 Lahad Datu, Sabah.
Telefon : 089-863586
Faks : 089-863588/587

Pusat Operasi ESSCOM (PUSOP):
Telefon : 089-863181
Faks : 089-863182
Emel : bilikgerakan_esscom@jpm.gov.my

Pautan Luar

Sabah Tourism
Portal Rasmi JPA
Portal Rasmi MAMPU
HRMIS
Email 1GovUC

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in