TAWAU (12 April) – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau telah berjaya menggagalkan cubaan 3 pendatang tanpa izin (PTI) menyeludup keluar di kawasan laut sungai Pukol kira-kira jam 4.05 petang pada Rabu.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) DCP Dato’ Hazani Ghazali berkata PPM Tawau ketika melakukan rondaan Op Geloran di kawasan berkenaan telah menahan dan memeriksa sebuah speedbot dengan no. pendaftaran TW5178/6/P.
Beliau berkata Hasil pemeriksaan mendapati Juragan, anak perahu dan seorang lagi penumpang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah”.
“Kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 14-48 tahun telah ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan kes akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (AKTA ATIPSOM 2007/2010).
“Turut dirampas sebuah speedbot dan Enjin Yamaha 60HP yang dianggarkan bernilai RM 25,000.00”.
Beliau berkata kesemua tahanan dan barang rampasan telah dibawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata Pasukan Keselamatan yang diterajui oleh ESSCOM di kawasan pantai Timur Sabah memerlukan kerjasama daripada semua lapisan masyarakat termasuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan atau melanggar undang-undang negara kepada Pusat Operasi (PUSOP) ESSCOM ditalian 089-863181.