SEMPORNA (22 Feb) – Dua lelaki warga asing ditahan selepas disyaki melakukan aktiviti mengebom ikan di kedudukan 2.8 batu nautika dari Pulau Denawan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini pada Selasa.
Pengarah APMM Pangkalan Maritim Semporna Leftenan Komander Amiludin Yenggah berkata hasil maklumat risikan APMM yang membuat rondaan di kawasan itu digerakan ke lokasi kejadian untuk menahan bot tersebut.
Katanya, hasil pemeriksaan kira-kira jam 8.30 pagi itu mendapati juragan dan seorang awak-awak berusia 35 dan 80 tahun berada dalam bot pam.
Bot dan awak-awak ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 selepas tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah dan mempunyai peralatan mengebom ikan. Bot pam dan awak-awak dibawa masuk ke Jeti Azumi Semporna untuk tindakan selanjutnya.
APMM katanya sentiasa bersiap sedia mengekang sebarang aktiviti menyalahi undang-undang di laut.
APMM juga memandang perkara ini adalah serius dan amaran keras terhadap pelaku yang cuba untuk manjalankan aktiviti seumpama ini di lakukan terutama di perairan semporna.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pusat operasi Pangkalan Maritim Semporna di talian 089-782619.