LAHAD DATU (13 Feb) – ESSCOM telah berjaya menghasilkan Pelan Strategik 5 tahun ESSCOM 2018-2022 dalam bengkel selama 2 hari bermula isnin lalu, di Hotel MyInn, Lahad Datu.
Komander ESSCOM DCP Dato’ Hazani Ghazali berkata bengkel yang telah diadakan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancang Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah dianjurkan bagi menilai semula Pelan Strategik ESSCOM 5 tahun sebelum yang berakhir pada 2017.
“Syukur alhamdulllah, ESSCOM telah berjaya menghasilkan Pelan Starategik ESSCOM 5 Tahun 2018-2022.”
“Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada MAMPU cawangan Sabah yang telah bertungkus lumus bersama-sama dengan Pasukan ESSCOM dalam menggarap beberapa pendekatan-pendekatan strategik yang bersesuaian untuk dilaksanakan ESSCOM dengan mengambil kira perkembangan semasa dan aspirasi negara yang menuju TN50”, katanya ketika berucap menutup bengkel berkenaan di sini, pada Selasa.