LAHAD DATU (5 Januari) – Juru Iring (ADC) mantan Perdana Menteri ke-4 YABhg. Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Ketua Staf Bahagian Operasi Darat, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Mazli, 44, yang merupakan anak jati Lahad Datu, Sabah dilantik ke jawatan itu menggantikan SAC Dato’ Zulkiflie Hj. Salleh, 59, yang bertukar ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dengan menyandang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Gerakan.
Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Komander ESSCOM DCP Datuk Hazani Ghazali.
Bercakap kepada pemberita, Mazli yang sudah berkhidmat selama 12 tahun sebagai Juru Iring (ADC) kepada Mantan Perdana Menteri ke-4 YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, menzahirkan penghargaan dan tanda terima kasih terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) khususnya kepada pucuk pimpinan PDRM yang memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menggalas tugas sebagai Ketua Staf di ESSCOM.
Beliau berazam untuk membantu ESSCOM menangani pelbagai isu-isu keselamatan di ESSZONE serta berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat pada masa yang sama mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua pihak termasuk daripada para pegawai dan anggota ESSCOM serta pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat akar Umbi.