• Facebook

ESSCOM TIMES

Eastern Sabah Security Command Portal

  • UTAMA / MAIN
  • PROFIL JABATAN / DEPARTMENT’S PROFILE
    • PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ESSCOM
    • PERUTUSAN KOMANDER ESSCOM
    • SEKAPUR SIRIH MANTAN KETUA PENGARAH ESSCOM, Pelopor ESSCOM TIMES Portal
    • MAKLUMAT KORPORAT / CORPORATE INFO
      • PENDAHULUAN
      • LATAR BELAKANG
      • VISI, MISI dan MOTO
      • TERAS STRATEGIK ESSCOM
      • CARTA ORGANISASI / ORGANISATION CHART
  • GALLERI ESSCOM / GALLERY
    • Galleri 1 – ESSCOM semasa diawal penubuhannya tahun 2013
    • Galleri 2 – Aktiviti sepanjang Tahun 2013-2014
    • Galleri 3 – Aktivti ESSCOM sepanjang tahun 2015
    • Galleri 4 – Ativiti ESSCOM sepanjang tahun 2016
  • SEBUTHARGA / TENDER
  • ARKIB / ARCHIVE
  • ESSCOM LAKSANA OPSCEGAH PATI SEKTOR SELATAN

MAHKAMAH PERSEKUTUAN KEKALKAN HUKUMAN MATI KE ATAS SEMBILAN WARGA FILIPINA YANG MENCEROBOH TANDUO, LAHAD DATU PADA TAHUN 2013

January 16, 2018 by admin

PUTRAJAYA (15 Jan) — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhi ke atas sembilan warga Filipina kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong berikutan pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.

Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel lima hakim memutuskan bahawa hukuman mati adalah hukuman yang paling sesuai berdasarkan dapatan fakta-fakta kes.

“Kami berpendapat bahawa sabitan terhadap mereka adalah selamat,” kata beliau.

Panel dengan sebulat suara menolak rayuan akhir yang dikemukakan oleh sembilan lelaki terbabit dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 8 Jun tahun lalu yang mengekalkan sabitan ke atas mereka dan menjatuhi hukuman mati.

Hakim-hakim lain yang bersidang ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Ma’arop, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan dua orang hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Azahar Mohamed.

Kesembilan mereka ialah Datu Amirbahar Hushin Kiram, 54, anak kepada Jamalul Kiram yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, Julham Rashid (70), Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada (53), Salib Akhmad Emali (65), Tani Lahad Dahi (64), Basad H. Manuel (42), Atik Hussin Abu Bakar (46), Al-Wazir Osman (62), dan Ismail Yasin, 77.

Sementara itu, Md Raus juga mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan dan melepaskan 14 tertuduh lain atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan kesalahan-kesalahan berkaitan pengganas berhubung pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo antara 12 Feb dan 10 April, 2013.

Mereka ialah Masir Aidin, 23, Anwar Salib Akhmad (34), Binhar Salib Akhmad (32), Abdul Hadi Mawan (53), (warga Filipina memegang kad pengenalan Malaysia), Rijmal Salleh, 24, Abdul Majil Jubin, 46, (rakyat Filipina pemegang kad pengenalan Malaysia) Rizman Gulan, 24, Basil Samiul, 38, Totoh Hismullah, 60, (rakyat Filipina yang memegang kad pengenalan Malaysia) Saidili Jaharul, 56, Kadir Uyung, 31, Lating Tiong, 21, Dani Ismail, 61, dan Salib Akhmad Emali (bagi kesalahan-kesalahan berkaitan pengganas).

Ketika menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan membebaskan mereka, Md Raus berkata mahkamah mendapati bahawa keputusan untuk membebaskan mereka adalah berdasarkan dapatan secara serentak fakta-fakta oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan tidak ada sebab untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan sebaliknya.

Panel menyampaikan keputusan selepas mendengar penghujahan sebelumnya selama kira-kira tiga jam daripada peguambela Datuk N. Sivananthan dan timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mengetuai pihak pendakwaan.

Filed Under: Breaking News


January 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Jul    

TENDER / SEBUT HARGA

VIDEO





VIDEO


ARKIB / ARCHIVE

  • ESSCOM DENGAN KERJASAMA POLIS BANTUAN FELDA SAHABAT KALABAKAN ANJUR LDP INTEGRITI & PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG July 1, 2020
  • PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK ESSCOM DENGAN JPSM June 25, 2020
  • SESI PERBINCANGAN ESSCOM BERSAMA JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA SABAH (JPSM) BERKAITAN DENGAN PROGRAM SOSIO-EKONOMI DI ESSZONE, DI PEJABAT JPSM, KOTA KINABALU SABAH PADA 25 JUN 2020 June 25, 2020
  • (no title) June 22, 2020
  • ESSCOM LAKSANA OPS CEGAH PATI SEKTOR SELATAN June 12, 2020
  • SEMBILAN ORANG TAHANAN MELARIKAN DIRI DARI PTS SIBUGA, MASIH DIKESAN June 11, 2020
  • MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF SIASATAN KHAS/TEKNIKAL DI PEJABAT ESSCOM PADA 23 SEPT 2019 September 23, 2019
  • ESSCOM SELARAS OPERASI PEMANTAUAN UDARA DI ESSZONE November 22, 2018

NOTIS / NOTICE

Bilik gerakan Esscom yang berpusat di Lahad Datu beroperasi 24 jam setiap hari dan orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat, membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 089-863181 atau faks 089-863182.

The Eastern Sabah Security Command (Esscom) opens a 24-operations room in Lahad Datu, and the public can contact it by telephone (089-863181) or fax (089-863182) to make enquiries, lodge complaints or provide information.

ALAMAT / ADDRESS

EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM),
Jabatan Perdana Menteri
Blok B, Aras G-3,
Kompleks Komersial
Harbour Town
91100 Lahad Datu, Sabah.
Telefon : 089-863586
Faks : 089-863588/587

Pusat Operasi ESSCOM (PUSOP):
Telefon : 089-863181
Faks : 089-863182
Emel : bilikgerakan_esscom@jpm.gov.my

Pautan Luar

Sabah Tourism
Portal Rasmi JPA
Portal Rasmi MAMPU
HRMIS
Email 1GovUC

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in