LAHAD DATU (4 DISEMBER) – Pasukan Khas ESSCOM dan Polis Marin telah berjaya menembak mati seorang penjenayah yang dikehendaki kerana terlibat dalam beberapa kes rompakan dan kes penculikan sekitar tahun 2004 dan 2005.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata suspek yang dikenali sebagai Abu Paliyak yang berumur dalam lingkungan 31 tahun telah terbunuh selepas berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di kawasan perairan silam berhampiran Pulau Kantong Kalungan iaitu kira-kira 7.2 batu nautika daripada bandar Lahad Datu.
“Kira-kira jam 3.00 pagi, bertindak atas maklumat “Kidnapping For Ransom”, ESSCOM telah mengatur gerak sebuah bot pasukan pasukan keselamatan yang terdiri daripada pasukan khas esscom dan pasukan polis marin ke kawasan laut silam untuk membuat pemantauan”.
“Setibanya di kawasan kejadian, sebuah bot telah dikesan berada di kawasan berkenaan yang dikendalikan oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan”.
“Semasa bot pasukan keselamatan menghampiri bot berkenaan, tiba-tiba bot suspek melarikan diri dan satu das tembakan kedengaran dilepaskan dari arah bot suspek ke arah bot pasukan keselamatan”.
“Berikutan tindakan suspek, pasukan keselamatan tidak mempunyai pilihan terpaksa melepaskan tembakan ke arah bot suspek bagi mempertahankan diri”.
“Hasil pemeriksaan terhadap bot berkenaan, mendapati seorang lelaki terbaring dengan satu kesan tembakan di sebelah rusuk kiri”.
“Pemeriksaan lanjut, pasukan keselamatan menemui selaras senapang patah (Pump Gun) yang telah diubahsuai bersama satu butir kelongsong peluru di dalam kebuk senjata berkenaan dan satu butir peluru 12 bore”, katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di Ibu pejabat Polis, di sini hari ini.
Turut hadir komander ESSCOM DCP Dato Hazani Ghazali.
Beliau berkata siasatan lanjut mendapati suspek terlibat dalam beberapa kes rompakan dan penculikan di kawasan perairan Kunak dan Lahad datu sekitar 2014.
Menurutnya lagi, pihak kami percaya suspek merupakan tali barut kepada kumpulan Kidnapping For ransom (KFR) yang diketuai oleh kumpulan Remy yang aktif melakukan jenayah rentas sempadan di Selatan Filipina dan Pantai Timur Sabah.
“Pihak Polis Percaya suspek keluar bagi meninjau dan membuat pemerhatian pergerakkan pasukan kesleamatan dan mentalurkan maklumat kepada kumpulan KFR”.
“Dengan tertembaknya suspek, pihak polis percaya telah berjaya menyelesaikan beberapa kes rompakan di laut dan penculikan yang berlaku di kawasan ESSZONE sekitar tahun 2014 dan 2015, katanya.
Ramli berkata pasukan keselamatan akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan saki baki tali barut dan ahli kumpulan mereka yang masih bebas.