• Facebook

ESSCOM TIMES

Eastern Sabah Security Command Portal

  • UTAMA / MAIN
  • PROFIL JABATAN / DEPARTMENT’S PROFILE
    • PERUTUSAN KOMANDER ESSCOM
    • PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ESSCOM
    • SEKAPUR SIRIH MANTAN KETUA PENGARAH ESSCOM, Pelopor ESSCOM TIMES Portal
    • MAKLUMAT KORPORAT / CORPORATE INFO
      • PENDAHULUAN
      • LATAR BELAKANG
      • VISI, MISI dan MOTO
      • TERAS STRATEGIK ESSCOM
      • CARTA ORGANISASI / ORGANISATION CHART
  • GALLERI ESSCOM / GALLERY
    • Galleri 1 – ESSCOM semasa diawal penubuhannya tahun 2013
    • Galleri 2 – Aktiviti sepanjang Tahun 2013-2014
    • Galleri 3 – Aktivti ESSCOM sepanjang tahun 2015
    • Galleri 4 – Ativiti ESSCOM sepanjang tahun 2016
  • SEBUTHARGA / TENDER
  • ARKIB / ARCHIVE

SISTEM AIS MUDAHKAN AKTIVITI NELAYAN DI LAUT DIPANTAU

November 8, 2017 by admin

KUALA LUMPUR ( 8 Nov) – Pemasangan Sistem Pemantauan Automatik (AIS) ke atas pukat tunda kelas B membolehkan kapal nelayan yang terlepas memasuki perairan negara lain dimaklumkan agar mereka boleh berpatah balik dengan segera.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nogeh Gumbek berkata, peranti AIS tersebut mampu menghantar isyarat kedudukan dan lokasi tepat kepada bilik kawalan (di Putrajaya) sepanjang mereka berada di perairan negara untuk aktiviti perikanan.

“Jika mereka dikesan masuk ke perairan negara lain, bilik kawalan akan membuat panggilan kepada kapal tersebut supaya mereka dapat berpatah balik semula ke perairan negara,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Budiman Mohd. Zohdi (BN-SungaiBesar) mengenai jumlah terkini bot pukat tunda kelas B yang telah dilengkapi sistem AIS dan berapakah tangkapan terhadap nelayan yang ingkar kepada arahan pemasangan AIS.

Menurutnya, hingga Oktober tahunini, sebanyak 1,116 daripada 2,630 vesel zon B telah memasang peranti AIS.

“Pemasangan AIS ke atas vesel pukat tunda ini dijangka selesai Mei 2018 dan tindakan mewajibkan pemasangan AIS ini ke atas pukat tunda hanya akan berkuat kuasa selepas tarikh tersebut.

Setakat ini tiada tindakan dikenakan terhadap vesel yang belum memasang sistem AIS,” katanya.

Nogeh berkata, AIS juga memudahkan aktiviti perikanan nelayan di laut dipantau, justeru memudahkan bantuan disalurkan sekiranya nelayan menghadapi kes kecemasan.

– BERNAMA

Filed Under: Berita Esscom


April 2018
M T W T F S S
« Mar    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

TENDER / SEBUT HARGA

VIDEO





VIDEO


ARKIB / ARCHIVE

  • POLIS MARIN SANDAKAN GAGALKAN CUBAAN LELAKI TEMPATAN SELUDUP 5,000 LITER MINYAK DIESEL BERNILAI LEBIH RM 10,900.00 April 16, 2018
  • ESSCOM TAHAN 6 PATI WARGA INDONESIA DI KALABAKAN April 13, 2018
  • PASUKAN POLIS MARIN GAGALKAN CUBAAN 3 PTI MENYELUDUP KELUAR KE NEGARA JIRAN DI TAWAU April 12, 2018
  • PPM KUDAT TAHAN 3 LELAKI TANGKAP IKAN GUNA BAHAN LETUPAN April 11, 2018
  • APMM GAGALKAN CUBAAN 8 PATI MENYELUDUP KELUAR BERSAMA BARANG KAWALAN DI LAHAD DATU April 5, 2018
  • MARITIM LAHAD DATU TAHAN 19 PATI March 20, 2018
  • ESSCOM TAHAN 25 PATI DALAM OPERASI BERSEPADU DI KUNAK March 16, 2018
  • ESSCOM TAHAN 10 PATI DALAM OPERASI BERSEPADU DI JALAN KUNAK-LAHAD DATU March 13, 2018

NOTIS / NOTICE

Bilik gerakan Esscom yang berpusat di Lahad Datu beroperasi 24 jam setiap hari dan orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat, membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 089-863181 atau faks 089-863182.

The Eastern Sabah Security Command (Esscom) opens a 24-operations room in Lahad Datu, and the public can contact it by telephone (089-863181) or fax (089-863182) to make enquiries, lodge complaints or provide information.

ALAMAT / ADDRESS

EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM),
Jabatan Perdana Menteri
Blok B, Aras G-3,
Kompleks Komersial
Harbour Town
91100 Lahad Datu, Sabah.
Telefon : 089-863586
Faks : 089-863588/587

Pusat Operasi ESSCOM (PUSOP):
Telefon : 089-863181
Faks : 089-863182
Emel : bilikgerakan_esscom@jpm.gov.my

Pautan Luar

Sabah Tourism
Portal Rasmi JPA
Portal Rasmi MAMPU
HRMIS
Email 1GovUC

Copyright © 2018 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in