• Facebook

ESSCOM TIMES

Eastern Sabah Security Command Portal

  • UTAMA / MAIN
  • PROFIL JABATAN / DEPARTMENT’S PROFILE
    • PERUTUSAN KOMANDER ESSCOM
    • PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ESSCOM
    • SEKAPUR SIRIH MANTAN KETUA PENGARAH ESSCOM, Pelopor ESSCOM TIMES Portal
    • MAKLUMAT KORPORAT / CORPORATE INFO
      • PENDAHULUAN
      • LATAR BELAKANG
      • VISI, MISI dan MOTO
      • TERAS STRATEGIK ESSCOM
      • CARTA ORGANISASI / ORGANISATION CHART
  • GALLERI ESSCOM / GALLERY
    • Galleri 1 – ESSCOM semasa diawal penubuhannya tahun 2013
    • Galleri 2 – Aktiviti sepanjang Tahun 2013-2014
    • Galleri 3 – Aktivti ESSCOM sepanjang tahun 2015
    • Galleri 4 – Ativiti ESSCOM sepanjang tahun 2016
  • SEBUTHARGA / TENDER
  • ARKIB / ARCHIVE

Archives for November 2017

ESSCOM TAHAN 1,156 ORANG ATAS PELBAGAI KESALAHAN SEPANJANG JAN – SEPT 2017

November 24, 2017 by admin

KUALA LUMPUR (23 Nov) – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom)  menahan seramai 1,156 orang pesalah atas pelbagai kesalahan sejak Januari hingga September lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kesemua mereka itu membabitkan warga tempatan dan pendatang asing tanpa izin (Pati).

Menurutnya, pengistiharan kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) adalah bagi menangani jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dan penculikan selain prihatin terhadap lambakan warga asing di Sabah.

“Esscom sentiasa bekerjasama dengan agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Jabatan Imigresen Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kastam Sabah.

“Kerjasama ini melaksanakan pelbagai operasi dan pemantauan berterusan di Pantai Timur Sabah yang menggunakan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas sama ada terdapat sebarang perancangan oleh kerajaan untuk meluaskan kawasan kawalan Esscom, Shahidan berkata, perkara itu masih belum dalam perancangan.

Bagaimanapun, kerajaan sememangnya mengambil pendekatan dengan menjalin kerjasama bersama penduduk tempatan.

“Contohnya Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang melibatkan penduduk tempatan diikuti Agensi Pertahanan Awam Malaysia yang juga terdiri daripada warga tempatan. Tindakan yang berterusan akan dilaksanakan, kehadiran warga tempatan akan membantu mengurangkan kes jenayah di kawasan Esszone,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran).

 

Filed Under: Berita Esscom

ESSZONE MASA KINI TERKAWAL DAN SELAMAT

November 24, 2017 by admin

 

KOTA KINABALU (22 N0v) -: Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), pada masa kini adalah terkawal dan selamat.

Beliau berkata ini terbukti kerana tidak ada sebarang insiden penculikan berlaku sejak awal tahun ini hasil kesiapsiagaan dan langkah-langkah berkesan yang diambil oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam mengawal selia kawasan ESSZONE.

“Kita yakin dan percaya. ESSCOM bersama-sama pasukan keselamatan dan penguatkuasaan yang lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa memantau dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan di kawasan Pantai Timur Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab, Persidangan Dewan Undangan Negeri, di Dewan Undangan Negeri, di sini, pada Isnin.

Musa menjawab serentak soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik Datuk Haji Abd Muis Hj. Picho, Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya, Adun Kuala Penyu Datuk Limus Jury, Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dan Adun Bongawan Datuk Mohamad Haji Alamin yang bertanya mengenai langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan perairan negeri Sabah terus selamat dari dicerobohi oleh anasir luar.

Ketua Menteri berkata, antara tindakan sedia ada yang telah diambil ialah mempertingkatkan kawalan di perairan sempadan dengan rondaan intensif dan mengadakan “coordinated patrolling” dengan pasukan keselamatan Filipina dan Indonesia di bawah TCA (Trilateral Cooperative Agreement) meliputi kawasan laut dan udara.

Selain itu, pemantauan dan pemeriksaan di kawasan yang disyaki tempat pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) di ESSZONE juga dipertingkatkan dengan mengadakan Operasi Bersepadu

“Pasukan keselamatan juga mempertingkatkan kawalan dan pemeriksaan di pintu-pintu masuk dan keluar yang diwartakan seperti lapangan terbang dan pelabuhan di ESSZONE dan melaksanakan Sea Check Point (SCP). “Fokus utama SCP ialah untuk menyekat kemasukan senjata api dan lain-lain elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengancam keselamatan di negeri ini khususunya ESSCOM,” katanya.

Musa berkata, ESSCOM juga sedang merancang untuk melaksanakan Road Check Point (RCP) di daratan untuk menghalang kemasukan elemen yang berupaya mengancam dan menganggu gugat keselamatan di ESSZONE, termasuk mengesan PATI yang terlibat dengan elemen militant.

Mengenai Arahan Perintah Berkurung beliau berkata, ia kini berada pada Fasa ke-76, berjaya mengawal pengaruh anasir-anasir jahat dan luar, seterusnya meningkatkan kawalan keselamatan di pantai Timur Sabah.

“Sejak penguatkuasaan Arahan Perintah Berkurung di kawasan ESSZONE dilaksanakan, didapati berlaku peningkatan harga barang secara mendadak di kawasan Selatan Filipina. Ini menunjukkan berlaku aktiviti penyeludupan barang di Malaysia ke Selatan Filipina secara berleluasa.

“Melalui penguatkuasaan perinta berkurung, ESSZONE berjaya mengurangkan aktiviti penyeludupan barang ke kawasan Selatan Filipina yang lazimnya berlaku pada waktu malam,” katanya.

Musa berkata pada tahun ini, ESSCOM telah diperuntukkan sebanyak RM22.5 juta untuk perbelanjaan pengurusan dan sejumlah RM44 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

“Secara keseluruhannya, jumlah peruntukan untuk tujuan pengurusan ESSCOM yang diberikan sejak penubuhannya adalah sebanyak RM71.9 juta bagi belanja pengurusan, manakala sejumlah RM219.1 juta bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan,” katanya.

Pada masa yang sama katanya, beberapa tindakan agresif dan pendekatan telah dilaksanakan ATM dalam menangani jenayah rendas sempadan dan mengawal sempadan perairan negara.

“Antara tindakan kawalan dan pencegahan itu ialah penambahan asset Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) daripada tiga buah kapal kepada enam buah kapal yang beroperasi di kawasan operasi Op Pasir.

“Selain itu mengoptimumkan pengoperasian tiga buah Sea Basing iaitu Bunga Mas 5 di perairan Kudat, Kapal Auksilari Tun Azizan di Perairan Pulau Taganak serta Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah di Perairan Beting Bodgaya di sekitar Perairan Pulau Bohey Dulang.

“Penambahan asset Bot Tempur sebanyak tiga buah kapal, mengoperasikan sebanyak 13 buah radar di sepanjang Perairan Kudat sehingga Perairan Pulau Danawan. Fokus kamera ditujukan ke arah Sempadan Malaysia-Filipina di mana setiap radar dilengkapi system Observe Camera,” katanya.

Musa berkata, selain menempatkan anggota Tentera Darat di pulau-pulau yang berada dalam kawasan operasi, Markas itu juga menempatkan anggota Quick Reaction Force (QRF) berserta bot tempur di lokasi strategik. Katanya ia bertujuan untuk memintas, memeriksa dan menahan sebarang bot mencurigakan yang keluar atau masuk melalui sempadan Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.

“ESSCOM dan pasukan- pasukan keselamatan lain sentiasa komited dalam usaha untuk memastikan keamanan kawasan Pantai Timur Sabah sentiasa terpelihara dan terjaga, serta kesejahteraan rakyat di negeri ini terus terjamin,” katanya.

Filed Under: Breaking News

CROSS BORDER CRIMES KEPT IN CHECK SINCE ESSZONE WAS ESTABLISHED

November 24, 2017 by admin

 

KUALA LUMPUR (23 Nov) – The establishment of Eastern Sabah Security Zone (Esszone) had successfully reduced armed intrusions by foreigners, cross-border crimes and illegal landings by immigrants.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Shahidan Kassim told Dewan Rakyat that the Eastern Sabah Security Command (Esscom), which monitors districts under Esszone, views seriously the rising number of illegal immigrants in Sabah.

“In order to deal with the situation, Esscom are working closely with all relevant government agencies including the armed forces, Immigration Department, National Registration Department and the police.

“Numerous joint operations such as Ops Gasak had been carried out on a daily basis and the coastal waters of eastern Sabah covering 10 districts are constantly monitored to prevent the entry of illegal immigrants.

“The joint operations leveraged on the National Blue Ocean Strategy which brings together several government agencies in an operation,” he said in reply to Juslie Ajirol (BN-Libaran) during the Minister’s Question and Answer (MQT) session.

He said Esscom had detained 1,156 people comprising locals and illegal immigrants during joint operations from January to September this year.

At the same time, he said the government had no plans to extend the areas monitored under Esscom.

The minister also noted that more than 6,000 People’s Volunteers Corps (Rela) members from the 10 districts will be stationed within Esszone as second-liners to safeguard the area.

The districts under Esscom are Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna and Tawau.

In reply to a supplementary question from Stephen Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan), he said the public had faced no difficulties in calling Esscom when they needed help.

— New Straits Times

Filed Under: News In English

Sidang Media Koordinasi tugas antara PDRM dan ESSCOM oleh YDH. CP Dato’ Seri Zulkiflie Abdullah Pengarah Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman di Markas Pasukan Polis Marin Lahad Datu, 22 November 2017

November 22, 2017 by admin

Filed Under: Berita Esscom

ESSCOM IKRAR BEBAS RASUH (IBR)

November 15, 2017 by admin

LAHAD DATU, 15 Nov – Seramai 140 Warga kerja Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)  hari ini melafaz Ikrar Bebas Rasuah menerusi satu majlis yang diadakan bersempena Perhimpunan Bulanan ESSCOM yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pasukan Polis Marin, di sini hari ini.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah berkenaan telah dipimpin oleh Komander ESSCOM, DCP Dato’ Hazani Ghazali..

Terdahulu Ketua Cawangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Cawangan PsK Wan Kamal Noor Izwan  Wan Kamarudin dalam ucapan ringkasnya berkata Ikrar Bebas rasuah merupakan hasrat dan komitmen setiap individu yang berkhidmat dengan kerajaan agar menjauhi semua unsur-unsur atau perkara yang boleh menjerumuskan diri kita dengan gejala rasuah yang beliau sifatkan sebagai satu sikap atau tabiat buruk yang perlu dihindari oleh semua lapisan masyarakat termasuk penjawat awam dalam usaha kita untuk mensifarkan jenayah rasuah di negara ini.

Selain itu beliau turut menegaskan bahawa elemen integriti perlu dibudayakan di semua pasukan keselamatan termasuk ESSCOM bagi memastikan hasrat untuk melahirkan warga kerja yang berintegriti dan berakhlak mulia menjadi satu kenyataan.

Ikrar Bebas Rasuah ini kemudiannya ditandatangani oleh Komander ESSCOM DCP Dato’ Hazani Ghazali mewakili komponen Keselamatan dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM En. Noor Alam Khan A. Wahid Khan mewakili Komponen Awam dan kemudian diserahkan kepada Ketua Cawangan SPRM Lahad Datu.

Filed Under: Breaking News

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN IKRAR BEBAS RASUAH ESSCOM, 15 NOVEMBER 2017, DEWAN SERBAGUNA PASUKAN POLIS MARIN, L. DATU

November 15, 2017 by admin

Filed Under: Aktiviti ESSCOM, Berita Esscom

MAJLIS DIALOG ESSCOM DENGAN PERSATUAN TIONGHUA L. DATU PADA 12 NOVEMBER 2017, DI DORVIST RESTORAN, 12.00 PM – 2.00 PM

November 13, 2017 by admin

Filed Under: Aktiviti ESSCOM

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA SYARIKAT SPNB KE PEJABAT ESSCOM PADA 9 NOV 2017

November 9, 2017 by admin


Filed Under: Aktiviti ESSCOM

TMP TINGKATKAN PERKONGSIAN MAKLUMAT RISIKAN ANTARA MALAYSIA & INDONESIA

November 9, 2017 by admin

TAWAU ( 8 November) – Pertemuan pasukan keselamatan antara kedua-kedua negara melalui program Trilateral Maririm Patrol dijangka mampu meningkatkan kerjasama kedua-dua negara terutamanya dalam aspek perkongsian maklumat risikan dizahirkan melalui petrtemuan antara Pasukan Polis Marin Tawau dengan rakan sepasukan daripada POLAIR Nunukan Indonseia.

Dalam pertemuan selama 2 jam itu, pelbagai topik telah disentuh dan dibincangkan khususnya berkaitan dengan permasalahan semasa yang dihadapi oleh kedua-kedua negara terutamanya di kawasan perairan Tawau dan Nunukan.

Antara permasalah-permasalah yang telah dibangkitkan termasuklah perkongsian maklumat berkaitan dengan modus operandi dan trend semasa sindiket pengedaran Dadah, permasalahan  berkaitan dengan terrorisme dan penyeludupan barang-barang  antara kedua-dua negara samada daripada Indonesia (Nunukan) mahupun daripada Malaysia (Tawau).

Secara keseluruhannya, pertemuan kedua-dua team Maritim Patrol Malaysia dan Indonesia berjalan dalam suasana aman dan damai, penuh muhibbah dan semangat setia kawan. diharapkan perbincangan berkenaan akan membuahkan hasil dari perkongsian maklumat serta kerjasama erat antara PDRM dan POLRI dalam usaha membenteras Jenayah rentas sempadan.

 

Filed Under: Berita Esscom

SISTEM AIS MUDAHKAN AKTIVITI NELAYAN DI LAUT DIPANTAU

November 8, 2017 by admin

KUALA LUMPUR ( 8 Nov) – Pemasangan Sistem Pemantauan Automatik (AIS) ke atas pukat tunda kelas B membolehkan kapal nelayan yang terlepas memasuki perairan negara lain dimaklumkan agar mereka boleh berpatah balik dengan segera.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nogeh Gumbek berkata, peranti AIS tersebut mampu menghantar isyarat kedudukan dan lokasi tepat kepada bilik kawalan (di Putrajaya) sepanjang mereka berada di perairan negara untuk aktiviti perikanan.

“Jika mereka dikesan masuk ke perairan negara lain, bilik kawalan akan membuat panggilan kepada kapal tersebut supaya mereka dapat berpatah balik semula ke perairan negara,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Budiman Mohd. Zohdi (BN-SungaiBesar) mengenai jumlah terkini bot pukat tunda kelas B yang telah dilengkapi sistem AIS dan berapakah tangkapan terhadap nelayan yang ingkar kepada arahan pemasangan AIS.

Menurutnya, hingga Oktober tahunini, sebanyak 1,116 daripada 2,630 vesel zon B telah memasang peranti AIS.

“Pemasangan AIS ke atas vesel pukat tunda ini dijangka selesai Mei 2018 dan tindakan mewajibkan pemasangan AIS ini ke atas pukat tunda hanya akan berkuat kuasa selepas tarikh tersebut.

Setakat ini tiada tindakan dikenakan terhadap vesel yang belum memasang sistem AIS,” katanya.

Nogeh berkata, AIS juga memudahkan aktiviti perikanan nelayan di laut dipantau, justeru memudahkan bantuan disalurkan sekiranya nelayan menghadapi kes kecemasan.

– BERNAMA

Filed Under: Berita Esscom

  • 1
  • 2
  • Next Page »


November 2017
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

TENDER / SEBUT HARGA

VIDEO





VIDEO


ARKIB / ARCHIVE

  • POLIS MARIN SANDAKAN GAGALKAN CUBAAN LELAKI TEMPATAN SELUDUP 5,000 LITER MINYAK DIESEL BERNILAI LEBIH RM 10,900.00 April 16, 2018
  • ESSCOM TAHAN 6 PATI WARGA INDONESIA DI KALABAKAN April 13, 2018
  • PASUKAN POLIS MARIN GAGALKAN CUBAAN 3 PTI MENYELUDUP KELUAR KE NEGARA JIRAN DI TAWAU April 12, 2018
  • PPM KUDAT TAHAN 3 LELAKI TANGKAP IKAN GUNA BAHAN LETUPAN April 11, 2018
  • APMM GAGALKAN CUBAAN 8 PATI MENYELUDUP KELUAR BERSAMA BARANG KAWALAN DI LAHAD DATU April 5, 2018
  • MARITIM LAHAD DATU TAHAN 19 PATI March 20, 2018
  • ESSCOM TAHAN 25 PATI DALAM OPERASI BERSEPADU DI KUNAK March 16, 2018
  • ESSCOM TAHAN 10 PATI DALAM OPERASI BERSEPADU DI JALAN KUNAK-LAHAD DATU March 13, 2018

NOTIS / NOTICE

Bilik gerakan Esscom yang berpusat di Lahad Datu beroperasi 24 jam setiap hari dan orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat, membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 089-863181 atau faks 089-863182.

The Eastern Sabah Security Command (Esscom) opens a 24-operations room in Lahad Datu, and the public can contact it by telephone (089-863181) or fax (089-863182) to make enquiries, lodge complaints or provide information.

ALAMAT / ADDRESS

EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM),
Jabatan Perdana Menteri
Blok B, Aras G-3,
Kompleks Komersial
Harbour Town
91100 Lahad Datu, Sabah.
Telefon : 089-863586
Faks : 089-863588/587

Pusat Operasi ESSCOM (PUSOP):
Telefon : 089-863181
Faks : 089-863182
Emel : bilikgerakan_esscom@jpm.gov.my

Pautan Luar

Sabah Tourism
Portal Rasmi JPA
Portal Rasmi MAMPU
HRMIS
Email 1GovUC

Copyright © 2018 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in