
by admin
Eastern Sabah Security Command Portal
by admin
by admin
SANDAKAN (3 September) – Penduduk di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) perlu terus bersatu dan bekerjasama dengan pasukan keselamatan untuk mengekalkan keamanan negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan, berkata amalan itu perlu diterapkan dalam kehidupan seharian demi menjamin keselamatan negeri ini.
“ESSCOM sebagai jentera kerajaan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan sentiasa berusaha mendekati rakyat.
“Kita bertemu dengan orang ramai menerusi pelbagai program demi mencapai hasrat kerajaan untuk memelihara keamanan di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Korban ESSCOM dengan Masyarakat bersempena sambutan Aidiladha yang dirasmikan Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Tan Sri Ampong Puyon di Surau Taman Mesra, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, hampir 300 umat Islam menerima sumbangan daging korban dengan kira-kira 50 orang daripadanya ialah asnaf, ibu tunggal, warga tua dan orang kurang upaya (OKU).
Noor Alam berkata, program itu ialah acara tahunan ESSCOM dalam usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat di pantai timur Sabah.
“Biarpun jumlah sumbangan kecil, kita yakin program sebegini mampu memberi kesan yang besar khususnya dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai usaha memelihara keselamatan,” katanya.
Sementara itu, Ampong berkata, masyarakat Islam perlu menghayati ibadah korban dan menerapkan nilai itu dalam kehidupan seharian demi memastikan perpaduan antara kaum di negeri itu terus terpelihara.
by admin
by admin
by admin
LAHAD DATU (20 Januari) – Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah merampas pelbagai jenis rokok putih dan kretek bernilai lebih RM 53,000.00 yang diletakkan dalam sebuah Van di kawasan tepi Sungai Kampung Puyut kira-kira jam 7.30 malam pada Rabu.
Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata bertindak atas maklumat orang ramai sepasukan anggota Unit Risikan Pasukan Polis Marin yang sedang membuat intipan di kawasan berkenaan telah berjaya menahan sebuah van berwarna putih.
Menurutnya lagi, namun demikian pemandunya dapat melarikan diri tanpa dapat dikesan apabila serbuan dibuat terhadap van berkenaan.
“Pemeriksan lanjut terhadap Van berkenaan, anggota kita telah menjumpai sejumlah rokok kretek yang disembunyikan dalam beberapa buah kotak tanpa level.
“Antara jenis rokok yang dirampas termasuk 1,000 karton rokok king filter, 480 rokok gudang garam surya, 450 karton rokok Astro Menthol Filter, 75 Karton rokok Astro Black Mentol, 40 Karton rokok LA mentol light, 120 karton rokok A Satu Mild Mentol dan 30 Karton Eteme Mild Mentol”.
“Turut disita Van Toyota Hiace yang telah digunakan untuk akitviti penyeludupan berkenann”.
“Kesemua barang rampasan telah di bawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967”, katanya.
Sementara itu dalam 2 operasi berasingan di daerah Sandakan pada Sabtu, Pasukan Polis Marin telah menahan seramai 14 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 2 orang tekong bot berkenaan dipercayai berasal daripada Filipina di kawasan perairan Nunuyan Laut.
Wan Abdul Bari berkata PATI yang terdiri daripada 9 lelaki dan 3 wanita dewasa berumur dalam lingkungan 21 – 45 tahun itu, ditahan ketika cuba memasuki perairan negara secara haram melalui laluan yang tidak diwartakan.
Beliau berkata turut dirampas 2 buah bot dan 2 unit enjin sangkut Yamaha masing-masing berkelajuan 40 hp dan 30 hp yang digunakan dalam kegiatan berkenaan. Kesemua nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 30,600.00.
“Kesemua tahanan dan barang rampasan telah dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.
“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan keselamatan khususnya Pasukan Polis Marin yang sentiasa berusaha untuk mengawal perairan negara termasuk berjaya mengekang beberapa percubaan pendatang asing tanpa izin yang cuba untuk untuk memasuki perairan negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan”.
“Saya meminta kepada orang ramai agar melaporkan kepada ESSCOM sekiranya melihat sebarang aktiviti yang mencurigakan dan melanggar undang-undang negara termasuk penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin kepada Pusat Operasi ESSCOM ditalian 089-863181 untuk tindakan selanjutnya”, katanya.
by admin
LAHAD DATU (13 Januari) – Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah menahan seorang lelaki warga asing menyeludup keluar 25 jerikin disyaki minyak petrol di perairan Pulau Omadal kira-kira pukul 7.40 malam pada malam Rabu.
Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata lelaki berkenaan yang berumur dalam lingkungan 55 tahun dan berasal daripada Tawi-Tawi, Filipina itu ditahan oleh sepasukan anggota Pasukan Polis Marin Semporna yang sedang menjalankan tugas khas di perairan berkenaan.
Beliau berkata ketika kejadian anggota Polis berkenaan telah terserempak dan menahan sebuah perahu yang menggunakan enjin bot pam dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil Pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan membawa sebanyak 25 jerikin disyaki minyak petrol di mana 16 jerikin daripadanya mengandungi 480 liter manakala 9 jerikin lagi mengandungi 225 liter, yang disembunyikan dalam bot berkenaan tanpa memiliki sebarang surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan kepenggunaan (KPDNKK) dan disyaki cuba untuk diseludup keluar ke negara jiran”.
“Turut dirampas sebuah perahu, 2 unit enjin pam jenama honda dan Jiandong yang telah digunakan dalam kegiatan penyeludupan berkenaan”.
“Suspek dan hasil tangkapan telah dibawa ke Pangkalan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan akan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut”, katanya.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan keselamatan khususnya pasukan polis marin yang sentiasa berusaha untuk mengawal perairan negara termasuk berjaya mengekang beberapa percubaan untuk menyeludup barang-barang kawalan dan bersubsidi khususnya minyak petrol yang dikhuatiri akan digunakaan oleh penjenayah-penjenayah rentas sempadan untuk melakukan aktiviti jenayah penculikan di perairan negara.
“Saya meminta kepada orang ramai agar melaporkan kepada ESSCOM sekiranya melihat sebarang aktiviti yang mencurigakan dan melanggar undang-undang negara termasuk penyeludupan kepada Pusat Operasi ESSCOM ditalian 089-863181 untuk tindakan selanjutnya”, katanya.
by admin
LAHAD DATU (25 NOVEMBER) – Pasukan Keselamatan yang diterajui oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah Berjaya menahan 7 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 36 tong gas dalam 2 operasi berasingan di daerah Sandakan dan Semporna.
Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini berkata dalam operasi pertama di Sandakan, sepasukan anggota Pasukan Polis marin yang sedang melakukan rondaan ops pensura khas di kawasan pesisir pantai batu 7, telah mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata menyedari kehadiran bot ronda pasukan polis marin, Juragan bot berkenaan telah bertindak untuk memecut dan melarikan diri bagi mengelak daripada ditahan oleh pohak berkuasa, tetapi malangnya bot berkenaan telah terkandas di kawasan hutan bakau, tidak jauh daripada kawasan berkenaan.
“Juragan bot bertindak untuk terjun ke dalam laut dan melarikan diri ke kawasan hutan bakau yang berhampiran dan gagal dikesan”.
“Pemeriksaan lanjut terhadap bot berkenaan menemui 4 penumpang lelaki dan 3 penumpang wanita dalam bot berkenaan tanpa mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki pendatang asing tanpa izin daripada negara Filipina.
“Turut disita 1 buah perahu dan 1 unit enjin sangkut 60 hp jenis Yamaha yang digunakan dalam aktiviti berkenaan, Kesemua nilai rampasan dianggarkan bernilai melebihi RM22,000.00”.
“Kesemua suspek telah ditahan dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002)”, katanya.
Sementara itu, dalam satu operasi berasingan di Semporna, Pasukan Polis Marin Semporna telah menahan dan memeriksa sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kawasan perairan kampong bangau-bangau kira-kira jam 10.00 pagi pada Ahad.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut terhadap bot berkenaan menemui 36 tong gas jenama petronas berada di dalam bot berkenaan.
“Siasatan lanjut mendapati juragan berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen atau surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi membawa barang kawalan berkenaan”.
“Turut dirampas 1 buah perahu, 2 unit enjin Pam Yamaha 15 hp dan 1 tong minyak, kesemua barang rampasan dianggarkan bernilai RM 17,880.00”.
“Suspek dan kesemua barang rampasan telah dibawa ke Pangkalan Polis Marin untuk tindakan selanjut. Kesalahan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961″.
“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan keselamatan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang telah berjaya mengekang dan menggagalkan beberapa percubaan menyeludup barang-barang bersubsidi yang banyak merugikan ekonomi Negara”.
‘Saya meminta kepada orang ramai agar melaporkan kepada ESSCOM sekiranya melihat sebarang aktiviti yang mencurigkan dan melanggar undang-undang negara termasuk penyeludupan kepada Pusat Operasi ESSOM ditalian 089-863181 untuk tindakan selanjutnya”, katanya.
by admin
LAHAD DATU (25 NOVEMBER) – Seramai 38 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan dalam Ops Gasak 8 yang telah diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di kawasan Bakapit dan Merabung pada khamis.
Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini berkata operasi yang bermula seawal jam 2.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi itu mensasarkan 4 buah perkampungan atas air di kawasan berkenaan.
Kawasan perkampungan yang terlibat antaranya Tebaa Batang, Takun, Pantai manis dan Bakapit.
Beliau berkata dalam operasi berkenaan seramai 250 orang telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut seramai 38 orang telah ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah atau meragukan.
“Seramai 38 orang pendatang asing telah ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002).
“Kesemua tahanan telah dibawah ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Tawau untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing”, katanya.
Selain itu, Wan Abdul Bari berkata, dalam operasi berkenaan pasukan keselamatan turut menahan dan merampas sebanyak 24 buah enjin pam dan 2 buah bot pam dan akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1960.
“Semua barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Pelabuhan dan Demaga Sabah untuk tindakan selanjutnya.
Antara agensi kerajaan dan persekutuan yang terlibat dalam menjayakan operasi ini termasuklah Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.
“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi penguatkuasa yang telah terlibat dalam menjayakan operasi ini”.
“Syukur alhamdulillah, operasi ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku”, katanya
by admin
by admin
LAHAD DATU (15 OKT) – Cadangan meletakkan Zone Selamat Timur Sabah (ESSZONE) di bawah Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan diterima oleh rakyat Sabah.
Kolonel Kehormat Ikatan Relawan Malaysia (RELA) Parlimen Silam Dato’ Dr. Salleh Kalbi berkata cadangan berkenaan bukan hanya tidak menyelesaikan masalah malah ianya hanya akan merumitkan tugas dan peranan pasukan keselamatan dalam mengawal dan menjaga keselamatan Pantai Timur Sabah daripada ancaman Penjenayah Rentas Sempadan khususnya berkaitan dengan penculikan dan rompakan di laut.
“Saya sangat tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Dato’ Irmohizan yang mahu meletakkan ESSZONE di bawah Akta MKN”.
“Beliau sepatutnya duduk semeja dan berbincang dengan Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagaimana untuk membantu nelayan tempatan meningkatkan tahap keselamatan mereka termasuk menyediakan alat komunikasi, Sistem Pengesanan Automatik (AIS) dan radio semasa menangkap ikan di laut.”
“Ini menunjukkan beliau tidak faham peranan dan tanggungjawab ESSCOM yang berperanan penting menjaga keamanan, keharmonian dan kestabilan negeri ini termasuk menjaga keselamatan nelayan tempatan”.
Beliau berkata demikian ketika mengulas Kenyataan Pengerusi LKIM Dato’ Irmohizan Hj. Ibrahim ketika melawat Mangsa culik di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Menurutnya pengerusi LKIM itu perlu melihat perkara ini daripada sudut yang luas bukannya hanya datang ke Sabah kemudian membuat sesuatu kesimpulan yang tidak masuk akal serta tidak menghargai peranan dan tanggungjawab ESSCOM di dalam menjaga keamanan dan keselamatan di Pantai Timur Sabah”.
Katanya lagi, ESSCOM sebenarnya telah melakukan yang terbaik termasuk kejayaan mematahkan 94 cubaan culik yang hendak dilakukan oleh penjenayah rentas sempadan. Cadangan ini sebenarnya hanya akan merendahkan moral dan semangat pasukan keselamatan yang sanggup meredah lautan luas dan bersengkang mata siang dan malam semata-mata memastikan keselamatan Pantai Timur Sabah sentiasa terpelihara.
Beliau berkata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu perlu mengambil inisiatif dan berikhtiar membantu nelayan tempatan termasuk mendapatkan peralatan telekomunikasi yang lebih baik bagi memudahkan mereka berhubung dan mendapatkan bantuan pasukan keselamatan sekiranya sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku supaya tindakan menyelamat dapat diambil dengan segera termasuk memintas bot penjenayah seperti mana yang diamalkan oleh Negara-negara di Eropah seperti Norway, Sweden, Kanada dan Jepun di Asia Timur yang sentiasa bekerjasama rapat dengan pasukan keselamatan bagi membendung dan membenteras anasir jahat seperti perlanunan, penculikan dan rompakan di laut.
“Keputusan kerajaan untuk menubuhkan ESSCOM adalah tepat bagi menyelaras operasi pasukan keselamatan di ESSZONE. Apa yang penting, pihak kerajaan perlu membantu pasukan keselamatan khususnya ESSCOM memperkasa pemantauan dan kawalan keselamatan di laut termasuk memperbanyakkan pengunaan radar dan keperluan lain bagi membantu ESSCOM dan pasukan keselamatan memantau dan mengawal selia bot-bot asing yang cuba memasuki perairan Negara”. Rule Of Engagements (ROE) perlu ditambahbaik dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu diberi kuasa untuk menangkap bagi mengimbangi dan melengkapi antara pasukan keselamatan dalam usaha untuk memaksimumkan mobiliti agensi penguatkuasa di peringkat akar umbi.
Selain itu katanya cadangan tiga negara antara Indonesia, Filipina dan Malaysia untuk mengadakan rondaan bersama perlu disegerakan. Ketiga-tiga negara perlu meningkatkan kerjasama terutamanya daripada aspek perkongsian maklumat perisikan dan rondaan bersama yang terselaras bagi meningkatkan tahap keselamatan di perairan masing-masing. Saya yakin dan percaya sekiranya semua perkara ini dapat dilaksanakan dengan baik, tahap keselamatan perairan ketiga-tiga negara akan dapat ditingkatkan seperti mana yang diamalkan di Selat melaka sebelum ini”, katanya.
Sementara itu, seorang responden daripada daerah Semporna yang hanya mahu dikenali sebagai taukeh Lim sependapat dengan Dato’ Dr. Salleh Kalbi yang mahu LKIM membantu nelayan tempatan mendapatkan alat komunikasi yang baik bagi memudahkan mereka berhubung dengan Pusat Operasi (PUSOP) ESSCOM untuk mendapatkan bantuan sekiranya perlu.
“Jangan hanya pandai komplen saja…LKIM perlu membangunkan satu pusat komunikasi antara nelayan dan pasukan keselamatan supaya satu tindakan bersepadu dapat dilakukan sekiranya berlaku kecemasan seperti rompakan dan penculikan di laut”.
“ESSCOM sudah banyak membantu rakyat kita, ekonomi kita pun ada naik bagus, resort dan tug bot pun sudah dapat menjalankan perniagaan dengan baik. Cadangan ini tidak adil kepada ESSCOM sebagai agensi yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras operasi keselamatan di ESSZONE”, katanya.