• Facebook

ESSCOM TIMES

Eastern Sabah Security Command Portal

  • UTAMA / MAIN
  • PROFIL JABATAN / DEPARTMENT’S PROFILE
    • PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ESSCOM
    • PERUTUSAN KOMANDER ESSCOM
    • SEKAPUR SIRIH MANTAN KETUA PENGARAH ESSCOM, Pelopor ESSCOM TIMES Portal
    • MAKLUMAT KORPORAT / CORPORATE INFO
      • PENDAHULUAN
      • LATAR BELAKANG
      • VISI, MISI dan MOTO
      • TERAS STRATEGIK ESSCOM
      • CARTA ORGANISASI / ORGANISATION CHART
  • GALLERI ESSCOM / GALLERY
    • Galleri 1 – ESSCOM semasa diawal penubuhannya tahun 2013
    • Galleri 2 – Aktiviti sepanjang Tahun 2013-2014
    • Galleri 3 – Aktivti ESSCOM sepanjang tahun 2015
    • Galleri 4 – Ativiti ESSCOM sepanjang tahun 2016
  • SEBUTHARGA / TENDER
  • ARKIB / ARCHIVE
  • ESSCOM LAKSANA OPSCEGAH PATI SEKTOR SELATAN

PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK ESSCOM DENGAN JPSM

June 25, 2020 by admin

KOTA KINABALU (25 JUN) – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah Encik Zainuddin Aman, di pejabatnya di sini hari ini.

Delegasi ESSCOM yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Tindakan Awam (BTA) ESSCOM Encik Terry Henry bersama 2 pegawai telah tiba di pejabat Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Kota Kinabalu pada jam 10.00 pagi.

Kunjungan yang berlangsung selama 2 jam itu telah membincangkan pelbagai isu semasa terutamanya mengenai cadangan mengadakan program sosio-ekonomi bagi membantu penduduk-penduduk pesir pantai ESSZONE khususnya penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR) di dalam membantu meningkat taraf kehidupan mereka dengan memberikan latihan dan kemahiran tertentu termasuk mendedahkan mereka dengan peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi dengan kerjasama dan sokongan Jabatan Pembanguann Sumber manusia, Sabah.

Lawatan tersebut yang julung-julung kali diadakan, merupakan peluang kerjasama strategik terbaik bagi ESSCOM dan JPSM untuk berkolaborasi dalam usaha untuk membangunkan modal insan dengan menganjurkan program-program sosio ekonomi yang boleh memberi manfaat kepada seluruh penduduk di ESSZONE khususnya kepada penduduk-penduduk yang tinggal di PPR Taman Harmoni, Sandakan dan PPR Bubul Ria, Semporna.

Turut hadir dalam lawatan tersebut Timbalan Pengarah JPSM Sabah Puan Tianinun Iting dan Ketua Penolong Pengarah BTA ESSCOM Encik Mohd Aziz Marinsah.

Filed Under: Berita Esscom, Uncategorized

SEMBILAN ORANG TAHANAN MELARIKAN DIRI DARI PTS SIBUGA, MASIH DIKESAN

June 11, 2020 by admin

11 June 2020 [ Khamis ]

Sandakan : Sembilan orang lelaki tahanan di Pusat Tahanan Sementara ( PTS ) yang melarikan diri dalam kejadian 2.20 pagi kelmarin, kini sedang giat dikesan.

Kejadian didakwa berlaku ketika hujan lebat, dan tahanan melarikan diri melalui tingkap tandas dengan merosakkan grill tingkap.

Kesemua tahanan yang melarikan diri adalah melibatkan kes imigresen dan dalam proses pengusiran ke Filipina.

Operasi mengesan kesemua tahanan yang melarikan diri telah dilancarkan oleh pihak Polis IPD Sandakan sejurus dimaklumkan tentang kejadian ini.

Kes disiasat dibawah sek 223/224 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan, diminta berhubung terus dengan bilik Gerakan IPD Sandakan di talian 089- 212222 atau mana mana Balai Polis Berhampiran.

SUMBER :
IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) SANDAKAN

Filed Under: Berita Esscom

MESYUARAT PENYELARASAN OPERASI UDARA DI ESSZONE

November 22, 2018 by admin

Filed Under: Aktiviti ESSCOM, Berita Esscom

JURAGAN BERSAMA 4 PENUMPANG DITAHAN KERANA TIDAK MEMILIKI DOKUMEN PENGENALAN DIRI

September 30, 2018 by admin

LAHAD DATU (30 Sept) – Pasukan Polis Marin (PPM) di sini telah menahan juragan bersama 4 penumpang kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua mereka ditahan ketika cuba memasuki negara ini secara haram menggunakan sebuah bot laju di perairan Tanjung Labian pada pukul 6.05 petang pada sabtu.

Ketika kejadian, sepasukan anggota PPM yang sedang melakukan “Op Gelora” telah terserempak dengan sebuah bot laju dari arah Filipina menuju ke perairan Tanjung Labian.

Menyedari kehadiran pasukan keselamatan, bot berkenaan cuba melarikan diri dengan berpatah balik ke arah perairan Filipina.

Namun demikian, bot laju berkenaan berjaya ditahan setelah dikejar selama 15 minit oleh pasukan keselamatan.

Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua penumpang termasuk juragan bot bersama pembantunya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Turut dirampas sebuah bot laju bersama 1 unit enjin sangkut Yamaha 40hp.

Kesemua suspek bersama barang rampasan telah di bawa ke pangkalan PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63.

Filed Under: Berita Esscom

13 BRIGED ESSCOM CENDERAWASIH TUMPASKAN AGEN SINDIKET DADAH

September 23, 2018 by admin

 

LAHAD DATU ( 22 SEPTEMBER) Pasukan operasi di bawah unit 13 Briged (ESSCOM), 11 RAMD telah berjaya menumpaskan dua lelaki berumur sekitar 30 – 40an yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dalam satu operasi serkap yang telah dilaksanakan di sekitar Felda Sahabat, Lahad Datu khamis lepas.

Panglima 13 Briged (ESSCOM), Brig Jen Hamdan Ismail berkata, hasil dari siasatan awal mendapati dadah jenis syabu disyaki akan dijual kepada penduduk tempatan mahupun warga asing di sekitar daerah ini.

Beliau berkata, ketika kejadian sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang menjalankan operasi Serkap 3 telah menahan dan memeriksa dua orang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati salah seorang lelaki tersebut tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.

“Dalam operasi berkenaan, ATM telah berjaya merampas 8 paket syabu, 3 buah telefon bimbit, dan wang tunai berjumlah RM 206.65.

“Jumlah anggaran rampasan keseluruhan adalah bernilai RM 5,520.65”, katanya dalam satu kenyataan dekat sini pada Sabtu.

Menurut Hamdan, kejayaan ini merupakan usaha berterusan 13 Briged (ESSCOM) dengan kerjasama semua pasukan operasi bagi memastikan keselamatan negara sentiasa dalam keaadaan terkawal dan tidak mudah dibolosi oleh penjenayah-penjenayah yang sentiasa mencari ruang untuk membawa masuk dan keluar barang-barang terkawal dan bersubsidi ke negara jiran.

Filed Under: Berita Esscom

PPM TAWAU TAHAN WARGA TEMPATAN, BAWA 25 TONG GAS TANPA KEBENARAN KPDNKK

August 31, 2018 by admin

TAWAU (31 Ogos) – Pasukan Polis Marin (PPM) di sini telah menahan seorang warga tempatan kerana membawa 25 tong gas tanpa mempunyai surat kebenaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) kira-kira pukul 3.45 petang di kawasan muara Sg. Pukul, pada khamis.

Ketika kejadian, Sepasukan anggota PPM Tawau yang sedang membuat rondaan telah tahan dan periksa sebuah bot No. pendaftaran TW 4761/6/C di muara Sg. pukul, Tawau.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek membawa 16 tong gas jenama petronas dan 6 tong gas jenama MyGaz yang nernilai RM 6,250.00 tanpa mempunyai kebenaran daripada pejabat KPDNKK.

Turut dirampas sebuah speed bot dan 1 unit enjin yamaha 40hp.

Suspek dan kesemua barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM 26,050.00 telah dibawa ke pangkalan polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawa Akta Kawalan Bekalan 1961.

Filed Under: Berita Esscom

TRILATERAL MARITIM PATROL (TMP) ANTARA KD SRI GAYA (TLDM) DENGAN KAPAL TENTERA LAUT FILIPINA BRP DIOSCORO PAPA

August 29, 2018 by admin

SEMPORNA (29 Ogos) – Satu Pertemuan telah diadakan diantara Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD SRI GAYA dengan Kapal Tentera Laut Filipina BRP DIOSCORO PAPA di posisi 6 batu nautika Timur Laut Pulau Mataking pada 08.55 pagi pada selasa.

Pertemuan ini merupakan kali ke-13 bagi program RV Trilateral Maritime Patrol (TMP) yang dianjurkan oleh Maritime Command Centre (MCC) bagi tahun 2018.

Kedua-dua kapal telah merapat serta melakukan pelbagai perkongsian maklumat semasa terutama berkenaan aktiviti Kidnapping For Ransom Abu Sayyaf Group (KFRG/ASG) di sempadan perairan Malaysia-Filipina.

Selain itu, kedua-dua pasukan juga melakukan aktiviti personnel exchange melibatkan 2 anggota TLDM dan TLF bagi memberi pengalaman berada di atas kapal masing-masing.

Latihan Manuvera Taktis (MANTAK), Replenishment at Sea Approach (RASAP) dan Semaphore turut dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kerjasama dan kesiapsiagaan anggota.

Pertemuan serta latihan bersama antara kedua-dua buah kapal berakhir pada jam 11.29 pagi dan meneruskan rondaan di perairan negara masing-masing.

Filed Under: Berita Esscom

PPM TAWAU PATAHKAN CUBAAN SELUDUP MINYAK MASAK KE NEGARA JIRAN

August 19, 2018 by admin

TAWAU (18 Ogos) – Pasukan Polis Marin (PPM) di sini telah menahan seorang lelaki kerana disyaki cuba menyeludup keluar 150 kotak minyak masak ke negara jiran tanpa memiliki sebarang dokumen atau surat kebenaran dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kira-kira pukul 6.00 petang di kawasan perairan Tanjung Batu, pada sabtu.

Lelaki tempatan berumur 29 tahun itu ditahan ketika menaiki sebuah jongkong berwarna kelabu yang dalam perjalanan dari kawasan Tanjung Batu menuju ke Pulau Sebatik oleh sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang sedang melakukan tugas Ops Landai Khas di kawasan berkenaan.

Turut disita sebuah jongkong dan 2 unit enjin sangkut jenis Yamaha 40hp dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM51,650.00.

Kesemua suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Pangkalan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Filed Under: Berita Esscom

AKTIVITI TRILATERAL MARITIME PATROL DI ESS ZONE (RV 12)

August 17, 2018 by admin

SANDAKAN (16 Ogos) – Pertemuan diantara Kapal TLDM KD SRI TIGA dengan Kapal Tentera Laut Filipina BRP FELIX APOLINARIO di kedudukan 3 batu nautika di perairan Selatan Pulau Taganak telah diadakan pada jam 9.05 pagi.

Ianya merupakan pertemuan kali ke – 17 untuk aktiviti RV Trilateral Maritime Patrols (TMP) dan yang ke – 12 bagi tahun 2018 yang dianjurkan oleh Maritime Command Centre (MCC) ketiga-tiga buah negara di bawah inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Kedua-dua kapal tersebut telah bertemu dan melaksanakan beberapa dalam usaha merapatkan hubungan silaturahim antara k dua-dua anak kapal termasuk aktiviti kunjungan hormat, lawatan oleh warga kapal, perbincangan perkongsian maklumat dan beberapa siri latihan di laut.

Antara isu perkongsian maklumat yang dibincangkan adalah berkenaan dengan aktiviti jenayah Rentas sempadan oleh Kumpulan Abu Sayyaf di sempadan perairan Malaysia-Filipina.

Pertemuan kedua-dua buah kapal berakhir pada 11.55 pagi dan meneruskan rondaan di perairan masing-masing.

Filed Under: Berita Esscom

JURAGAN WARGA INDONESIA DITAHAN CUBA SELUDUP BARANG KELUAR TANPA KELULUSAN KASTAM

July 24, 2018 by admin

TAWAU (25 Julai) – Pasukan Polis Marin (PPM) di sini telah menahan seorang juragan warga Indonesia kerana membawa barang-barang keluar dari negara ini tanpa memiliki sebarang kelulusan atau kebenaran daripada jabatan Kastam dan Eksesais Diraja Malaysia di kawasan perairan tanjung saima, jam 6.20 petang pada selasa.

Juragan yang berumur 33 tahun itu ditahan ketika membawa barang-barang berkenaan keluar dari negara ini dipercayai dari Pelabuhan Tawau menuju ke Sungai Nyamuk, Indonesia.

Antara barangan yang dirampas 234 kg daging beku, 130 kg ayam beku, 39 bungkus daging burger jenama tempatan fan 39 helai karpet yang dianggarkan bernilai RM 24,062.00.

Suspek bersama barang rampasan telah di bawa ke pangkalan polis Marin Tawsu untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawa Akta Kastam 1967

 

Filed Under: Berita Esscom

  • 1
  • 2
  • 3
  • …
  • 184
  • Next Page »


March 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jul    

TENDER / SEBUT HARGA

VIDEO





VIDEO


ARKIB / ARCHIVE

  • ESSCOM DENGAN KERJASAMA POLIS BANTUAN FELDA SAHABAT KALABAKAN ANJUR LDP INTEGRITI & PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG July 1, 2020
  • PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK ESSCOM DENGAN JPSM June 25, 2020
  • SESI PERBINCANGAN ESSCOM BERSAMA JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA SABAH (JPSM) BERKAITAN DENGAN PROGRAM SOSIO-EKONOMI DI ESSZONE, DI PEJABAT JPSM, KOTA KINABALU SABAH PADA 25 JUN 2020 June 25, 2020
  • (no title) June 22, 2020
  • ESSCOM LAKSANA OPS CEGAH PATI SEKTOR SELATAN June 12, 2020
  • SEMBILAN ORANG TAHANAN MELARIKAN DIRI DARI PTS SIBUGA, MASIH DIKESAN June 11, 2020
  • MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF SIASATAN KHAS/TEKNIKAL DI PEJABAT ESSCOM PADA 23 SEPT 2019 September 23, 2019
  • ESSCOM SELARAS OPERASI PEMANTAUAN UDARA DI ESSZONE November 22, 2018

NOTIS / NOTICE

Bilik gerakan Esscom yang berpusat di Lahad Datu beroperasi 24 jam setiap hari dan orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat, membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 089-863181 atau faks 089-863182.

The Eastern Sabah Security Command (Esscom) opens a 24-operations room in Lahad Datu, and the public can contact it by telephone (089-863181) or fax (089-863182) to make enquiries, lodge complaints or provide information.

ALAMAT / ADDRESS

EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM),
Jabatan Perdana Menteri
Blok B, Aras G-3,
Kompleks Komersial
Harbour Town
91100 Lahad Datu, Sabah.
Telefon : 089-863586
Faks : 089-863588/587

Pusat Operasi ESSCOM (PUSOP):
Telefon : 089-863181
Faks : 089-863182
Emel : bilikgerakan_esscom@jpm.gov.my

Pautan Luar

Sabah Tourism
Portal Rasmi JPA
Portal Rasmi MAMPU
HRMIS
Email 1GovUC

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in