• Facebook

ESSCOM TIMES

Eastern Sabah Security Command Portal

  • UTAMA / MAIN
  • PROFIL JABATAN / DEPARTMENT’S PROFILE
    • PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ESSCOM
    • PERUTUSAN KOMANDER ESSCOM
    • SEKAPUR SIRIH MANTAN KETUA PENGARAH ESSCOM, Pelopor ESSCOM TIMES Portal
    • MAKLUMAT KORPORAT / CORPORATE INFO
      • PENDAHULUAN
      • LATAR BELAKANG
      • VISI, MISI dan MOTO
      • TERAS STRATEGIK ESSCOM
      • CARTA ORGANISASI / ORGANISATION CHART
  • GALLERI ESSCOM / GALLERY
    • Galleri 1 – ESSCOM semasa diawal penubuhannya tahun 2013
    • Galleri 2 – Aktiviti sepanjang Tahun 2013-2014
    • Galleri 3 – Aktivti ESSCOM sepanjang tahun 2015
    • Galleri 4 – Ativiti ESSCOM sepanjang tahun 2016
  • SEBUTHARGA / TENDER
  • ARKIB / ARCHIVE
  • ESSCOM LAKSANA OPSCEGAH PATI SEKTOR SELATAN

ESSCOM DENGAN KERJASAMA POLIS BANTUAN FELDA SAHABAT KALABAKAN ANJUR LDP INTEGRITI & PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

July 1, 2020 by admin

Filed Under: Aktiviti ESSCOM, Uncategorized

PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK ESSCOM DENGAN JPSM

June 25, 2020 by admin

KOTA KINABALU (25 JUN) – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah Encik Zainuddin Aman, di pejabatnya di sini hari ini.

Delegasi ESSCOM yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Tindakan Awam (BTA) ESSCOM Encik Terry Henry bersama 2 pegawai telah tiba di pejabat Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Kota Kinabalu pada jam 10.00 pagi.

Kunjungan yang berlangsung selama 2 jam itu telah membincangkan pelbagai isu semasa terutamanya mengenai cadangan mengadakan program sosio-ekonomi bagi membantu penduduk-penduduk pesir pantai ESSZONE khususnya penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR) di dalam membantu meningkat taraf kehidupan mereka dengan memberikan latihan dan kemahiran tertentu termasuk mendedahkan mereka dengan peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi dengan kerjasama dan sokongan Jabatan Pembanguann Sumber manusia, Sabah.

Lawatan tersebut yang julung-julung kali diadakan, merupakan peluang kerjasama strategik terbaik bagi ESSCOM dan JPSM untuk berkolaborasi dalam usaha untuk membangunkan modal insan dengan menganjurkan program-program sosio ekonomi yang boleh memberi manfaat kepada seluruh penduduk di ESSZONE khususnya kepada penduduk-penduduk yang tinggal di PPR Taman Harmoni, Sandakan dan PPR Bubul Ria, Semporna.

Turut hadir dalam lawatan tersebut Timbalan Pengarah JPSM Sabah Puan Tianinun Iting dan Ketua Penolong Pengarah BTA ESSCOM Encik Mohd Aziz Marinsah.

Filed Under: Berita Esscom, Uncategorized

SESI PERBINCANGAN ESSCOM BERSAMA JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA SABAH (JPSM) BERKAITAN DENGAN PROGRAM SOSIO-EKONOMI DI ESSZONE, DI PEJABAT JPSM, KOTA KINABALU SABAH PADA 25 JUN 2020

June 25, 2020 by admin

Filed Under: Aktiviti ESSCOM, Uncategorized

ESSCOM, POLIS MARIN TAWAU TAHAN 5 PATI WARGA INDONESIA

July 18, 2018 by admin

TAWAU (18 Julai) – Kawasan Keelamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau telah menahan 5 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi khas yang diselaraskan oleh ESSCOM di kawasan perairan Tanjung Batu, kira-kira pukul 6.50 petang pada selasa.

Komander ESSCOM DCP Dato’ Hazani Ghazali berkata mereka ditahan ketika menaiki sebuah bot kayu yang bergerak dari arah pantai Tanjung batu menuju ke arah pulau Sebatik.

“Kesemua mereka yang berumur antara 17-47 tahun dan berasal dari indonesia ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa”, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua tahanan telah dibawa ke pangkalan polis marin Tawau untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/1963.

“Anggota keselamatan turut menyita sebuah bot kayu bersama enjin sangkut jenis Yamaha 15hp yang digunakan dalam aktiviti berkenaan,” katanya

Filed Under: Berita Esscom, Uncategorized

PPM TAHAN 2 LELAKI TANGKAP IKAN GUNA BAHAN LETUPAN

July 12, 2018 by admin

LAHAD DATU (12 Julai) – Pasukan Polis Marin (PPM) di sini telah menahan 2 lelaki yang disyaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan kira-kira pukul 5.00 petang di kawasan laut katung Kalungan, pada rabu.

kedua-dua suspek yang berumur antara 17-48 tahun dan berbangsa bajau laut ditahan ketika sedang menangkap ikan di kawasan berkenaan.

PPM turut merampas peralatan yang dipercayai digunakan untuk menangkap ikan seperti Propeller, batang shaft, kompressor, hose, sumbu peledak, mancis dan 32kg ikan pelbagai jenis.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Polis Marin Lahsd Datu untuk tindakan lanjut. kes akan disiasat dibawa Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985.

Filed Under: Berita Esscom, Uncategorized

APMM GAGALKAN CUBAAN 8 PATI MENYELUDUP KELUAR BERSAMA BARANG KAWALAN DI LAHAD DATU

April 5, 2018 by admin

LAHAD DATU ( 3 April) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Lahad Datu telah berjaya menghalang cubaan keluar 8 orang PATI warganegara asing bersama barang kawalan dari Daerah Lahad Datu semalam.

Pengarah Maritim Pangkalan, Pangkalan Maritim Lahad Datu Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender bin Raphael berkata, bot peronda APMM (Banggi 35) yang sedang menjalankan tugas rondaan di sekitar perairan Felda Sahabat telah menerima maklumat daripada kapal Tentera Laut Diraja Malaysia KD SRI PERLIS. Bertindak atas maklumat tersebut, bot Banggi 35 telah berjaya mengesan dan memintas sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan di sekitar perairan Kg. Tanduo menuju ke sempadan perairan Filipina.

“Pada jam lebih kurang 01.00 pagi, bot Bot Banggi 35 telah menahan bot pancung tersebut. Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot berkenaan tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran dan terdapat 8 penumpang disyaki warganegara Filipina yang terdiri daripada 6 lelaki dewasa dan 2 perempuan dewasa berumur dalam lingkungan 20 tahun hingga 60 tahun. Pemeriksaan juga mendapati terdapat barangan kawalan yang cuba diseludup keluar iaitu minyak petrol, tong gas, minyak masak dan tepung gandum,” katanya.

Tambahnya lagi, bot pancung tersebut bertindak menyusup keluar ke Filipina dari Perairan Tanduo, Felda Sahabat. Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Pos Maritim Felda Sahabat untuk disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. APMM Lahad Datu sentiasa tegas dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang Malaysia di perairan Lahad Datu. Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi terus di talian 089-885727 pusat operasi APMM Lahad Datu atau di talian MERS 999 untuk sebarang kejadian kecemasan.

Filed Under: Berita Esscom, Uncategorized

ESSCOM TAHAN 10 PATI DALAM OPERASI BERSEPADU DI JALAN KUNAK-LAHAD DATU

March 13, 2018 by admin

LAHAD DATU (13 Mac) – Seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Sekatan Jalan Raya (SJR) dalam Operasi Bersepadu yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), di Jalan Kunak-Lahad Datu, dekat sini pada Isnin.

Komander ESSCOM DCP Dato’ Hazani Ghazali, berkata operasi yang bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang itu telah membuat pemeriksaan ke atas pemandu dan penumpang pelbagai jenis kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

“Dalam operasi berkenaan seramai 65 orang telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut seramai 10 orang PATI telah ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah atau meragu”.

“Kesemua 10 PATI yang ditahan terdiri daripada 7 lelaki dan tiga wanita yang berumur dalam lingkungan 8-60 tahun.”

“Kes akan disiasat dibawa Seksyen 15(5)(b), Akta Imigresen 1959/1963 (pindaan 2002)”, katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata kesemua tahanan telah dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk tindakan lanjut, sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Sementara itu, ops berkenaan turut disertai oleh tiga pegawai serta anggota Imigresen Lahad Datu, Esscom, IPD Kunak dan ATM dan diketuai oleh Pegawai Pemerintah Medan Insp. Usman Lanaga.

Filed Under: Berita Esscom, Uncategorized

LAWATAN TIMBALAN KOMANDER ESSCOM BRIG. JEN. DATO’ BADRUL HISHAM KE POS-POS KESELAMATAN DI KUDAT

January 23, 2018 by admin

sdr

dav

dav

dav

dav

sdr

dav

sdr

dav

dav

dav

sdr

dav

dav

sdr

dav

Filed Under: Berita Esscom, Uncategorized

PROGRAM SEMARAK RAKYAT BERSAMA ESSCOM BERJAYA WUJUD JARINGAN KERJASAMA

October 20, 2017 by admin

SEMPORNA (19 Okt) – Program semarak rakyat bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya mewujudkan jaringan kerjasama antara pasukan keselamatan dan komuniti dalam aspek menyalurkan maklumat keselamatan.

Komander Esscom, DCP Datuk Hazani Ghazali berkata, program itu mencapai matlamat apabila komuniti di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) mulai sedar mengenai kebersamaan memikul tanggungjawab memastikan keselamatan serta menjana kesejahteraan di Esszone.

“Alhamdulillah konsep program yang diterapkan oleh Esscom ini menerima maklum balas yang baik daripada masyarakat yang memberi kerjasama sepenuhnya kepada Esscom yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas  Majlis Pelancaran Program Semarak Rakyat Bersama Esscom yang telah disempurnakan oleh pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna, YB Datuk Seri Hj. Nasir Tun Hj. Sakaran, di sini, hari ini.

Jelajah program yang bermula di Lahad Datu, Sandakan, Kunak dan berakhir di Semporna itu turut melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk Angkatan Pertahanan Awam,  jabatahn Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dan lain-lain agensi kerajaan dan Swasta.

Justeru, Hazani berkata, konsep program yang menghubung dan menyatukan masyarakat bersama pasukan keselamatan itu bakal dilaksanakan di daerah lain termasuk Kudat, Beluran, Pitas dan Kinabatangan  pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Nasir berkata program tersebut membolehkan masyarakat mendapat pendedahan mengenai tahap kesiapsiagaan Esscom dalam mempertahankan kedaulatan pantai timur Sabah daripada unsur keganasan yang didalangi kumpulan pengganas.

Katanya tanpa disedari masyarakat selama ini, pasukan keselamatan mengambil pelbagai langkah  penguatkuasaan undang-undang dalam mencegah kes penculikan serta rompakan di laut termasuk memperkukuh serta menambah kekuatan keanggotaan pasukan itu yang ditempatkan di pulau-pulau strategik di Esszone.

Antara langkah diambil Esscom, katanya termasuk mempergiatkan pelbagai operasi khas di laut seperti Op Gasak Laut, di samping mempertingkat elemen mempamerkan kekuatan pasukan keselamatan terutamanya di kawasan disyaki menjadi  laluan dan tempat  persembunyian penjenayah rentas sempadan.

Beliau berkata bagi memastikan setiap langkah diambil Esscom itu berkesan, masyarakat juga perlu  menjadi ‘mata dan telinga’ pasukan keselamatan berkenaan.

Filed Under: Breaking News, Uncategorized

MAJLIS KORBAN ESSCOM BERSAMA MASYARAKAT SANDAKAN & SEMPORNA PADA 2 & 3 SEPTEMBER 2017 DI TAMAN MESRA, SANDAKAN & MUKIM SIMUNUL, SEMPORNA

September 6, 2017 by admin

Filed Under: Aktiviti ESSCOM, Uncategorized

  • 1
  • 2
  • 3
  • …
  • 5
  • Next Page »


March 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jul    

TENDER / SEBUT HARGA

VIDEO





VIDEO


ARKIB / ARCHIVE

  • ESSCOM DENGAN KERJASAMA POLIS BANTUAN FELDA SAHABAT KALABAKAN ANJUR LDP INTEGRITI & PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG July 1, 2020
  • PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK ESSCOM DENGAN JPSM June 25, 2020
  • SESI PERBINCANGAN ESSCOM BERSAMA JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA SABAH (JPSM) BERKAITAN DENGAN PROGRAM SOSIO-EKONOMI DI ESSZONE, DI PEJABAT JPSM, KOTA KINABALU SABAH PADA 25 JUN 2020 June 25, 2020
  • (no title) June 22, 2020
  • ESSCOM LAKSANA OPS CEGAH PATI SEKTOR SELATAN June 12, 2020
  • SEMBILAN ORANG TAHANAN MELARIKAN DIRI DARI PTS SIBUGA, MASIH DIKESAN June 11, 2020
  • MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF SIASATAN KHAS/TEKNIKAL DI PEJABAT ESSCOM PADA 23 SEPT 2019 September 23, 2019
  • ESSCOM SELARAS OPERASI PEMANTAUAN UDARA DI ESSZONE November 22, 2018

NOTIS / NOTICE

Bilik gerakan Esscom yang berpusat di Lahad Datu beroperasi 24 jam setiap hari dan orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat, membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 089-863181 atau faks 089-863182.

The Eastern Sabah Security Command (Esscom) opens a 24-operations room in Lahad Datu, and the public can contact it by telephone (089-863181) or fax (089-863182) to make enquiries, lodge complaints or provide information.

ALAMAT / ADDRESS

EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM),
Jabatan Perdana Menteri
Blok B, Aras G-3,
Kompleks Komersial
Harbour Town
91100 Lahad Datu, Sabah.
Telefon : 089-863586
Faks : 089-863588/587

Pusat Operasi ESSCOM (PUSOP):
Telefon : 089-863181
Faks : 089-863182
Emel : bilikgerakan_esscom@jpm.gov.my

Pautan Luar

Sabah Tourism
Portal Rasmi JPA
Portal Rasmi MAMPU
HRMIS
Email 1GovUC

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in