• Facebook

ESSCOM TIMES

Eastern Sabah Security Command Portal

  • UTAMA / MAIN
  • PROFIL JABATAN / DEPARTMENT’S PROFILE
    • PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ESSCOM
    • PERUTUSAN KOMANDER ESSCOM
    • SEKAPUR SIRIH MANTAN KETUA PENGARAH ESSCOM, Pelopor ESSCOM TIMES Portal
    • MAKLUMAT KORPORAT / CORPORATE INFO
      • PENDAHULUAN
      • LATAR BELAKANG
      • VISI, MISI dan MOTO
      • TERAS STRATEGIK ESSCOM
      • CARTA ORGANISASI / ORGANISATION CHART
  • GALLERI ESSCOM / GALLERY
    • Galleri 1 – ESSCOM semasa diawal penubuhannya tahun 2013
    • Galleri 2 – Aktiviti sepanjang Tahun 2013-2014
    • Galleri 3 – Aktivti ESSCOM sepanjang tahun 2015
    • Galleri 4 – Ativiti ESSCOM sepanjang tahun 2016
  • SEBUTHARGA / TENDER
  • ARKIB / ARCHIVE
  • ESSCOM LAKSANA OPSCEGAH PATI SEKTOR SELATAN

PROGRAM BUAL BICARA “SOAL JAWAB TV 3”

September 5, 2016 by admin

soal jawab 2016 EDITED

Filed Under: Berita Utama

LAWATAN KERJA PENGARAH JPNIN SABAH KE ESSCOM PADA 2 SEPTEMBER 2016

September 2, 2016 by admin



Filed Under: Aktiviti ESSCOM

KENYATAAN MEDIA KOMANDER ESSCOM MENGENAI PENGGUNAAN MERCUN/BUNGA API SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DI ESSZONE

August 29, 2016 by admin

pc

Filed Under: Berita Utama

LAWATAN KERJA ROMBONGAN DELIGASI JEPUN KE IBU PEJABAT ESSCOM PADA 25 OGOS 2016

August 25, 2016 by admin



Filed Under: Aktiviti ESSCOM

LAWATAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (KANAN), JABATAN PERDANA MENTERI KE PEJABAT ESSCOM PADA 8 OGOS 2016

August 8, 2016 by admin



Filed Under: Aktiviti ESSCOM

ESSCOM TAHAN 18 PATI, RAMPAS 23 PUMBOAT DAN 36 ENJIN DALAM DUA OPERASI SERENTAK DI KUNAK

August 4, 2016 by admin

13879287_1775309062713064_6320716529989666293_nKUNAK (4 Ogos) – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan 18 pendatang tanpa izin (PATI) dan merampas 23 buah pumboat dan 36 Enjin yang melakukan pelbagai kesalahan dalam 2 serbuan serentak di dua perkampungan setinggan atas air iaitu di Kampung Air Kunak 3 dan Kampung Pangkalan Kunak, dekat sini, awal pagi tadi.

Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Wan Abdul Khalid berkata dalam operasi yang dilakukan secara serentak selama 3 jam bermula jam 6.00 pagi itu, tumpuan operasi terhadap perkampungan atas air yang disyaki menjadi tempat persembunyian pati.

Beliau berkata dalam kedua-dua operasi berkenaan, kita telah memeriksa seramai 358 orang dan menahan 18 orang warga asing dan 66 suku kaum bajau palauh kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri atau tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah semasa di periksa”.

“kesemua yang ditahan adalah warga Filipina berumur dalam lingkungan 20 – 52 tahun. Mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Sekyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka kini ditahan di pusat tahanan sementara (PTS) Tawau untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam usaha mengurangkan kebanjiran PATI di negeri ini khususnya di pantai timur Sabah, semua pihak terutamanya pemimpin-pemimpin masyarakat perlu berganding bahu dan bekerjasama sepenuhnya dengan pasukan keselamatan dengan melaporkan kehadiran pati di kawasan masing-masing kepada pihak berkuasa supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan segera.

“ESSCOM akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membendung dan membanteras kemasukan PATI yang menggunakan jalan laut untuk memasuki negara ini secara haram”, katanya.

Wan Abdul Bari turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam dua operasi berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) dan Majlis Daerah yang telah menjayakan operasi berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Wan Abdul Bari turut memberi nasihat kepada pengusaha “Tug Bot” dan Pengusaha perikanan “Laut Dalam” supaya dapat menyediakan Pelan Kecemasan atau keselamatan bot masing-masing.

“Saya minta supaya semua penguasaha “tug bot” dan perikanan laut dalam mempunyai Pelan Kecemasan atau Pelan Keselamatan bot termasuk melaporkan dengan segera sekiranya mengesan ada individu mencurigakan menghampiri bot anda, lapor terus kepada pusat Operasi (PUSOP) ESSCOM untuk tindakan penguatkuasaan dan pemintasan”, katanya

 

Filed Under: Berita Utama

ESSCOM TAHAN SEORANG RAKYAT TEMPATAN SELUDUP BARANGAN BERSUBSIDI TANPA PERMIT/LESEN

August 3, 2016 by admin

SEMPORNA – Kawasan Keselamatan Khas pantai timur Sabah (ESSCOM) menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai membawa barang-barang bersubsidi tanpa permit di perairan Kampung Bersih dalam satu operasi gasak laut khas, dekat sini, petang semalam

Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dalam satu kenyataan berkata antara barang-barang bersubsidi yang dirampas 39 kotak Minyak Masak, 1,350 liter Minyak Petrol, 16 tong gas dan 16 guni baja Ammonium.

Lelaki berkenaan yang berasal dari dari kampong bersih dan berumur dalam lingkungan 61 tahun akan ditahan dibawah akta kawalan bekalan 1961 dan diserahkan kepada Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.

“semua barang-barang yang dirampas akan diserahkan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut” katanya.

Wan Bari berkata operasi Gasak laut yang telah dilancarkan ESSCOM merupakan sebahagian daripada langkah drastik yang telah diambil ESSCOM bagi mengekang kejadian penculikan yang mensasarkan Tug bot dan pengusaha perikanan laut dalam untuk dijadikan tebusan.

“ESSCOM akan memperketatkan lagi kawalan keselamatan di perairan pantai timur Sabah khususnya di kawasan- kawasan yang disyaki menjadi sasaran penjenyah rentas sempadan”.

“Saya meminta kepada semua pengusaha bot laut dalam di kawasan timur sabah supaya mematuhi arahan Polis memasang Automatic Identification System (AIS) bagi memudahkan pasukan keselamatan memantau dan mengesan pergerakan bot dan dapat bertindak dengan cepat sekiranya ada insiden tidak diingini berlaku”.

“Krew-krew bot tunda juga perlu peka dengan keadaan persekitaran dan jangan leka. Sekiranya mengesan ada individu yang mencurigakan menghampiri bot anda, sila lapor terus kepada pusat Operasi ESSCOM untuk tindakan penguatkuasaan dan pemintasan”, katanya13738317_1772591389651498_2456851535344055992_o 13738317_1772591389651498_2456851535344055992_o

Filed Under: Berita Esscom

ESSCOM TAHAN 13 PATI, RAMPAS 5 PUMP BOAT DAN 1 ENJIN DI PERAIRAN SEMPORNA

August 3, 2016 by admin

ESSCOM TAHAN 13 PATI DI PERAIRAN SEMPORNA – WhatsApp Image 2016-08-03 at 2.33.56 PMSEMPORNA (3 Ogos) – Seramai 13 individu disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu operasi khas Op Gasak Laut (OGL) yang diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Pondohan perairan Pulau Silungun, dekat sini, semalam. Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata operasi yang bermula dari jam 2.30 petang hingga jam 8.30 malam itu telah terserempak dengan beberapa buah bot dan memeriksa seramai 33 individu. Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut, mendapati seramai 13 individu disyaki PATI berusia dalam lingkungan 16 hingga 55 tahun. telah ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. “kesemua yang ditahan adalah warga Filipina. Mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah atau memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Sekyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. “Mereka kini ditahan di pusat tahanan sementara untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata operasi Gasak laut yang telah dilancarkan ESSCOM merupakan sebahagian daripada langkah drastik yang telah diambil bagi mengekang kejadian penculikan yang mensasarkan Tug bot dan pengusaha perikanan laut dalam untuk dijadikan tebusan. “ESSCOM akan memperketatkan lagi kawalan keselamatan di perairan pantai timur Sabah khususnya di kawasan- kawasan yang disyaki menjadi sasaran penjenyah rentas sempadan”. “Saya meminta kepada semua pengusaha bot laut dalam di kawasan timur sabah supaya mematuhi arahan Polis memasang Automatic Identification System (AIS) bagi memudahkan pasukan keselamatan memantau dan mengesan pergerakan bot dan dapat bertindak dengan cepat sekiranya ada insiden tidak diingini berlaku”. “Krew-krew bot tunda juga perlu peka dengan keadaan persekitaran dan jangan leka. Sekiranya mengesan ada individu yang mencurigakan menghampiri bot anda, sila lapor terus kepada pusat Operasi ESSCOM untuk tindakan penguatkuasaan dan pemintasan”, katanya. Wan Abdul Bari turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang telah menjayakan operasi berkenaan.

Filed Under: Berita Terkini, Berita Utama, Breaking News

PENCEROBOHAN LAHAD DATU, 9 WARGA FILIPINA DIPENJARA SEUMUR HIDUP

July 28, 2016 by admin

13686631_1771194839791153_3123342569860068759_nKOTA KINABALU: Sembilan tertuduh warga Filipina yang dituduh mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam kes pencerobohan Lahad Datu pada 2013, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Mereka ialah Atik Hussin Abu Bakar, 45; Basad H Manuel, 41; Ismail Yasin, 76; Virgilio Nemar Patulada, 56; Salib Akhmad Emali, 63; Al Wazir Osman, 61; Tani Lahad Dahi, 63; Julham Rashid, 69 dan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 53.

Atik, Basad, Ismail dan Virgilio turut dikenakan hukuman penjara 13 tahun mengikut Seksyen 130 KA Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan pengganas, manakala Salib, Al Wazir, Tani, Julham dan Datu Amirbahar dihukum penjara 18 tahun mengikut seksyen sama bermula dari tarikh ditangkap.

Hakim Mahkamah Tinggi, Stephen Chung Hian Guan yang menjatuhkan hukuman itu sebentar tadi mengarahkan mereka menjalani kedua-dua hukuman serentak.

Sementara itu, tiga rakyat Filipina yang hanya dituduh mengikut Seksyen 130 KA turut dijatuhi hukuman penjara 13 tahun iaitu Aiman Radie, 19; Lin Mad Salleh, 58 dan Holland Kalbi, 50, manakala seorang warga Filipina iaitu Timhar Hadir, 39 dan penduduk tempatan, Abdul Hadi Mawan, 52, masing-masing dipenjara 15 tahun mengikut seksyen sama.

Satu-satunya tertuduh wanita warga Filipina, Norhaida Ibnahi, 49, yang didakwa mengikut Seksyen 130 K Kanun Keseksaan kerana melindungi pengganas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bermula dari tarikh tangkapan. Rakyat tempatan, Pablo Alie, 65, yang didakwa mengikut Seksyen 130 G (c) kerana menghasut, menggalakkan atau mencari harta untuk kegunaan pengganas dihukum penjara 15 tahun.

Seorang lagi rakyat tempatan iaitu Mohd Ali Ahmad, 40, yang didakwa mengikut Seksyen 130 J (1) (a) kerana memberi sokongan kepada kumpulan pengganas, turut dihukum penjara 15 tahun.

Semua hukuman dijalankan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.

 

Filed Under: Berita Esscom

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 23
  • 24
  • 25


January 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Jul    

TENDER / SEBUT HARGA

VIDEO





VIDEO


ARKIB / ARCHIVE

  • ESSCOM DENGAN KERJASAMA POLIS BANTUAN FELDA SAHABAT KALABAKAN ANJUR LDP INTEGRITI & PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG July 1, 2020
  • PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK ESSCOM DENGAN JPSM June 25, 2020
  • SESI PERBINCANGAN ESSCOM BERSAMA JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA SABAH (JPSM) BERKAITAN DENGAN PROGRAM SOSIO-EKONOMI DI ESSZONE, DI PEJABAT JPSM, KOTA KINABALU SABAH PADA 25 JUN 2020 June 25, 2020
  • (no title) June 22, 2020
  • ESSCOM LAKSANA OPS CEGAH PATI SEKTOR SELATAN June 12, 2020
  • SEMBILAN ORANG TAHANAN MELARIKAN DIRI DARI PTS SIBUGA, MASIH DIKESAN June 11, 2020
  • MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA STAF SIASATAN KHAS/TEKNIKAL DI PEJABAT ESSCOM PADA 23 SEPT 2019 September 23, 2019
  • ESSCOM SELARAS OPERASI PEMANTAUAN UDARA DI ESSZONE November 22, 2018

NOTIS / NOTICE

Bilik gerakan Esscom yang berpusat di Lahad Datu beroperasi 24 jam setiap hari dan orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat, membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 089-863181 atau faks 089-863182.

The Eastern Sabah Security Command (Esscom) opens a 24-operations room in Lahad Datu, and the public can contact it by telephone (089-863181) or fax (089-863182) to make enquiries, lodge complaints or provide information.

ALAMAT / ADDRESS

EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM),
Jabatan Perdana Menteri
Blok B, Aras G-3,
Kompleks Komersial
Harbour Town
91100 Lahad Datu, Sabah.
Telefon : 089-863586
Faks : 089-863588/587

Pusat Operasi ESSCOM (PUSOP):
Telefon : 089-863181
Faks : 089-863182
Emel : bilikgerakan_esscom@jpm.gov.my

Pautan Luar

Sabah Tourism
Portal Rasmi JPA
Portal Rasmi MAMPU
HRMIS
Email 1GovUC

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in